Jenis-jenis Jin dan Bentuk Mereka

245

Sudah dimaklum bersana bahawa jin itu berbeza karakternya dengan manusia. Keadaan jin itu beragam dan bermacam-macam, tidak kurang dari tiga jenis. Seperti yang dituturkan oleh Abu Tsa’labah Al-Khusyari RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jin itu terbahagi kepada tiga jenis: jenis yang mempunyai sayap sehingga mereka boleh terbang di udara, jenis ular dan kala jengking, dan jenis yang biasa menghuni suatu tempat serta berpindah meninggalkan tempat asal.” (HR. Al-Hakim, Ath-Thabrai dan Al-Baihaqi)

Jenis pertama (yang mempunyai sayap), bukti kewujudannya adalah bahawa jin itu mampu sampai ke langit untuk mengetahui berita-berita. Mereka tidaklah sampai ke langit kecuali dengan cara terbang.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang. Dan telah memeliharabta (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak boleh mendengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempar dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka seksaan yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (dia antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka dia dikejar oleh suluh api yang menyala.” (As-Saffat: 6-10)

Jenis kedua (ular dan kala jengking), dijelaskan oleh hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di Madinah ada sekumpulan jin yang sudah memeluk Islam, barangsiapa yang melihat salah satu ular yang menghuni rumah (‘awamir), maka dia hendaklah memperingatkan ular itu tiga kali, jika ular itu masih terlihat olehnya sesudah itu, maka dia hendaklah membunuhnya, kerana ia adalah syaitan.” (HR. Muslim)

Makna hadis ini adalah perintahkan ular itu agar keluar (pergi) sebanyak tiga kali, jika ia mahu keluar bererti ia dari kalangan jin muslim, sedangkan jika ia tidak mahu keluar bererti ia belum jin muslim atau ia adalah benar-benar ular, maka hendaklah manusia membunuhnya segera.

Ibnu Abbas RA berkata:

“Ular-ular itu adalah perubahan bentuk dari jin sebagaimana kera adalah perubahan bentuk dari Bani Isra’il.” (Ahmad)

Jenis ketiga adalah jin yang menempati suatu tempat dan berpindah, yakni mereka yang bermukim dan berpindah tempat, baik di tempat tinggal manusiam mahupun di tempat-tempat yang jin biasa tinggal di situ.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.