Bagaimanakah Cara Mengatasi Gangguan Saka?
Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mengatasi gangguan saka? (Arbaiyah Alang, Ipoh, Perak)
Jawapan:
Gangguan saka boleh diatasi dengan melakukan amalan-amalan yang boleh memperkukuhkan jati diri Muslim seperti sentiasa berpegang kepada hukum-hukum Allah SWT, membaca al-Quran khususnya surah-surah yang sabit keberkesanannya dan dibaca pada masa-masa tertentu seperti mengamalkan membaca surah al-Baqarah, surah al-Jin, surah Fussilat, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan zikir-zikir yang ma’thur. Zikir-zikir ini boleh di dapati dalam pelbagai versi percetakan.
Namun perkara yang paling penting adalah hati mesti sentiasa mengingati Allah SWT. Sama ada berzikir dengan lidah, hati atau dengan akal yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah SWT. Semua cara yang disebutkan di atas boleh digunakan untuk mengatasi saka.
Wallahu A’lam.
Petikan Daripada Buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus‘ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din