Adakah Jin Boleh Dibunuh atau Dipamerkan?

2,137

Terdapat makhluk halus yang tidak boleh dibunuh kerana mereka diberikan umur yang panjang sehingga hari kiamat dan ada juga yang mati dibunuh. Hanya Iblis sahaja yang tidak boleh dibunuh sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 36 hingga 38 yang bermaksud:

“Iblis telah berkata kepada Allah, ‘Wahai Tuhanku, jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (kiamat).’ Allah berfirman, “Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau (termasuk) dari golongan yang diberikan tempoh. Hingga ke hari, waktu yang tekah ditentukan.”

Ahli tafsir menjelaskan bahawa setelah iblis enggan tunduk kepada Allah SWT, dia dilaknat dan dikeluarkan daripada syurga. Mereka berdoa kepada Allah SWT agar umur mereka dipanjangkan, lalu Allah SWT menganugerahkan kepada mereka umur yang panjang sehingga hari kiamat. Ini menunjukkan bahawa makhluk halus yang termasuk dalam suku-sakat Iblis ini berub=mur panjang, tidak mati dan tidak boleh dibunuh.

Selain daripada Iblis, makhluk halus seperti syaitan, jin dan sebagainya beranak-pinak dan umur mereka berakhir pada tempoh yang tertentu. Ini bermakna mereka boleh dibunuh sepertimana tercatat dalam sejarah sewaktu penjelmaan mereka sebagai ular. Mestipun makhluk ini mati, tetapi kita tidak dapat melihatnya melainkan mereka mati semasa dalam penjelmaan.

Mengenai dakwaan dibunuh dan diawet untuk menjadi tontonan masyarakat, saya bertawaqquf untuk menjelaskan makhluk tersebut adalah hantu kerana penjelmaan sedemikian rupa tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pameran tersebut seolah-olah menggambarkan makhluk yang diawet itu merupakan rupa bentuk asal makhluk tersebut.

Sekiranya makhluk itu ditangkap dan dibunuh untuk diawetkan, sudah tentulah makhluk halus lain akan marah dan manusia terbabit pasti akan didendami dan dizalimi makhluk tersebut. Dalam keadaan manusia tidak menzalimi makhluk halus pun, kita sering mendengar mereka menzalimi manusia seperti marasuk dan sebagainya. Inikan pula tanpa sebab munasabah manusia menangkap dan membunuh mereka untuk dijadikan tontonan.

Disebabkan persoalan yang dinyatakan tidak dapat dipastikan kesahihannya, maka tindak balas makhluk halus tidak timbul.

Petikan Daripada Buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus‘ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Get real time updates directly on you device, subscribe now.