Sihir ini ditujukan untuk menceraikan seorang suami dengan isterinya, atau memisahkan antara seseorang dan keluarganya, teman-temannya, atau rakan sejawatnya ketika bekerja.
Penyebab dilakukannya sihir ini adalah adanya kebencian, kedengkian dan ketidaksukaan dari pelaku sihir terhadap orang yang menjadi sasaran sihir.
Ibnu Katsir berkata dalam kitab Tafsirnya tentang sihir penceraian (sihir tafriq): “Sebab penceraian antara suami isteri melalui sihir adalah ilusi yang muncul dari suami atau isteri berupa buruk rupa pasangannya, akhlaknya, atau yang seperti dengan itu yang mengakibatkan terjadinya penceraian.”
Kebanyakan sihir penceraian ini terjadi pada pasangan suami isteri.
Gejalanya
Berbaliknya cinta menjadi benci di antara pasangan suami isteri, berubahnya secara drastik wajah atau keadaan tubuh suami di mata isterinya dan berubahnya wajah isteri di mata suaminya menjadi wajah yang sangat buruk, saling membenci antara suami isteri, atau ketidaksukaan orang yang disihir terhadap pihak yang lain, atau terhadap tempat-tempat yang biasa dia tinggal, serta sering timbul keraguan dari orang yang disihir. Semua ini akhirnya menyebabkan sering terjadi perselisihan dan pertengkaran antara suami isteri dan berhujung pada penceraian dan keretakan dalam interaksi di antara kedua-duanya.
Apabila salah seorang dari kedua-duanya memahami bahawa ada perkara-perkara yang tidak biasa terjadi dalam kehidupan rumah tangga atau ada beberapa berkara yang terjadi di luar kebiasaan, maka dia hendaklah pergi kepada orang yang dapat menerapi penyakit ini dengan ruqyah syar’iyyah.
Terapi dilakukan dengan cara berikut:
Membaca ayat-ayat ruqyah pada telinga si penderita dengan suara kuat. Apabila penderita menjadi kesurupan dan jin yang diserahkan tugas dalam sihir ini berbicara melalui lisan penderita, penerapi hendaklah berbicara dengan jin sebagaimana dipaparkan sebelumnya. Penerapi bertanya kepadanya tentang nama, agama dan lokasi sihirnya, agar dapat dikeluarkan dan dibatalkan pengaruh sihirnya. Kemudian jin itu disuruh keluar dari tubuh orang yang dia rasuk.
Apabila jin mematuhi perintah penerapi, maka itu sudah cukup dan selesailah tugasnya. Akan tetapi jika jin itu tidak mematuhinya, maka pembacaan ayat-ayat ruqyah diulang lagi sampi jin menyerah dan mahu melaksanakan perintah penerapi.
Adapun jika orang yang terkena sihir tidak menjadi kesurupan tetapi hanya menggigil gementar, bergoncang, atau sangat pening, maka penerapi harus mengulangi bacaan ayat-ayat ruqyah itu sampi tiga kali. Jika dia menjadi kesurupan, maka dilakukan terapi seperti yang sudah diterangkan di atas. Sedangkan jika penderita tidak kesurupan, tetapi justeru dia rasa tenang dan tenteram, maka ayat-ayat ryqyah itu diulang hingga beberapa hari sampai dia sembuh menyeluruh, dengan izin Allah SWT.
Setelah sembuh, penerapi harus menasihatkan pesakit agar selalu menjaga solat tanpa melewatkannya satu saat pum, membaca Al-Quran Al-Karim dan mendengar bacaannya, tidak berteman dengan orang-orang yang buruk, sentiada membaca zikir pagu dan petang, dan memulakan semua amalan dengan membaca bismillah.