Terapi Sihir (bahagian 1)

Sebelum kita membicarakan tentang cara menerapi sihir, ada perkara-perkarayang perlu kita perhatikan:

  1. Penderitaan yang terkena sihir serta keluarganya menyedari bahawa semua ini adalah semata-mata ujian dari Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang Maha Kuasa untuk menghilangkannya, bukan selain-Nya.
  2. Melepaskan semua jimat atau yang dipercayai sebagai penolak bala dari tubuh penderita.
  3. Jika penderitanya seorang perempuan, dia harus ditemani mahram dan memakai jilbab syar’i.
  4. Penerapi dan penderita yang akan diterapi harus berwuduk terlebih dahulu serta meneguhkan niat untuk bertawakal kepada Allah SWT dan memohon perlindungan kepada-Nya.
  5. Membuang/mengeluarkan segala macam gambar (makhluk hidup) dan patung dari tempat terapi.
  6. Bertanya mengenai berbagai gejala yang dialami penderita, misalnya mimpi yang menakutkan ketika tidur atau sesudahnya berupa ketaatan yang harus dilakukan padahal dia tidak menghendakinya. Sebaiknya penderita menceritakan apa sahaya yang dirasakan.

Setelah memerhati perkara-perkara di atas, berikut ini adalah cara-cara terapi sihir.

TERAPI DENGAN RUQYAH DAN TA’AWWUDZ

Terapi ini dilakukan dengan membaca ayat-ayat ruqyah kepada pesakit, dengan meletakkan tangan penerapi pada kepala pesakit. Jika pesakit adalah seorang perempuan, hendaklah diletakkan kain penghalang yang tebal antara kepalanya dengan tangan penerapi.

Apabila pesakit pengsan ketika sedang dibacakan ayat ruqyah atau sesudahnya, lalu jinnya datang, hendaklah penerapi mengajak berbicara jin itu dengan penuh keteguhan hati, bertanya kepadanya tentang nama, agama, sebab masuk ke tubuh pesakit dan lokasinya di dalam tubuh pesakit.

Jika jin itu bukan muslim, maka penerapi harus menawarkan kepadanya agar memeluk Islam, kemudian menyuruhnya keluar dari tubuh pesakit melalui tempat yang tidak menyakitkan pesakit. Tempat yang menyakitkan misalnya mata atau telinga. Jika dia rela untuk keluar, maka itu sudah cukup. Tetapi jika dia membangkang dan tidak mahu keluar, maka penerapi harus mengulangi bacaan ayat ruqyahnya sambil menakutkan jin itu bahawa ia akan terbakar dengan ayat-ayat Al-Quran.

Jika pesakit itu tidak pengsan, maka sakit yang dideritanya itu adalah sakit fizikal. Kepadanya disarankan agar pergi berjumpa dengan doktor untuk penyembuhan penyakitnya.

MINUM DAN MANDI DENGAN AIR YANG DIBACAKAN AYAT-AYAT RUQYAH PADANYA

Ayat-ayat ruqyah dan pembebas sihir ditulis di atas piring, kertas, atau papan kaca dengan tinta yang bersih, misalnya Za’faran. Kemudian tulisan itu direndam di dalam air. Si pesakit disuruh meminum air tersebut dan mandi dengannya setiap hari sambil terus-menerus mendengar lantunan bacaan ayat-ayat ruqyah setiap hari. Terapi mengulangi ayat ruqyah kepadanya seminggu sekali sampai mencapai kesembuhan dengan izin Allah SWT.

TERAPI DENGAN MENGELUARKAN SIHIR DAN MEMUSNAHKANNYA

Terapi ini dilakukan dengan mengeluarkan benda yang digunakan untuk menyihir dari tempatnya, sehingga harus diketahui tempat dan lokasinya. Apabila lokasi barang sihir sudah diketahui, maka sihir boleh dikeluarkan dan dihancurkan. Hilanglah aksinya dan lenyaplah pengaruhnya.

Ini sebagaimana yang terjadi pada Rasulullah SAW saat seorang Yahudi menyihir baginda. Kemudian baginda berdoa kepada Rabbnya Yang Maha Suci tentang perkara tersebut dan Allah SWT pun menunjukkannya. Kemudian sihir itu dilakukan pada sisir, rambut gugur dan kulit mayang kurma jantan.

bersambung…

Terapi Sihir