Terapi Kedengkian dan Surah Al-Fatihah

TERAPI KEDENGKIAN

Dalam beberapa hadis, Nabi Muhammad SAW menjelaskan terapi kedengkian dengan sejumlah cara. Melalui hadis-hadis itulah kita dapati beberapa terapi kedengkian:

  1. Al-Quran Al-Karim : dengan membaca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, Al-Mu’awwidzatain (Al-Fataq dan An-Nas), serta surah Al-Mulk.
  2. Permohonan perlindungan (ta’awudz) : Rasulullah SAW menyebutkan sejumlah doa permohonan perlindungan pada sejumlah hadis baginda untuk menyembuhkan orang yang didengki.
  3. Ruqyah L ada sejumlah lafaz ruqyah, di antaranya ruqyah yang diucapkan oleh Rasulullah SAW, ruqyah Jibrail AS dan ruqyah Qurani.
  4. Doa : yakni dengan merendah dan menundukkan diri kepada Allah SWT.
  5. Mandi : pelaki ‘ain mandi untuk orang yang terkena ‘ain, itu dilakukan kerana hikmah tertentu.

Saya akan jelaskan secara terperinci, In Sha Allah, semua cara tersebut, berikut ini penjelasannya:

Allah SWT tidak menurunkan dari langit satu ubat yang lebih luas, lebih bermanfaat, lebih agung, dan lebih berjaya untuk menghilangkan penyakit daripada Al-Quran. Al-Quran adalah ubat bagi penyakit dan penggilap bagi hati yang berkarat. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra’: 82)

SURAH AL-FATIHAH

Rasulullah SAW bersabda tentang Al-Fatihah kepada Ubay bin Ka’ab ra: “Mahukah aku ajarkan kepadamu satu surah yang tidak diturunkan ke dalam Taurat, Injil, Zabur. Di dalam Al-Quran juga tidak ada yang menyamainya?” Ubay RA menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana kamu membaca ketika solat?” (Perawi berkata): “Maka Ubay RA membaca Ummul Quran (Al-Fatihah).” Rasulullah SAW bersabda: “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur dan dalam Al-Quran seperti itu, sesungguhnya ia adalah tujuh (ayat) yang diulang-ulang dan Al-Quranul Azhim yang diberikan padaku.” (HR. At-Tirmizi)

Tidakkah kamu melihat, wahai saudaraku muslim, betapa agung kedudukan surah Al-Fatihah di antara surah-surah yang lain, maka bacalah surah itu ketika engkau ditimpa sesuatu yang tidak kamu inginkan kepada ia ialah penyelamat dari segala sesuatu.

Maksudnya ialah apabila surah ini dibaca sebagai ruqyah untuk dengki, nescaya daya penyembuhannya untuk kedengkian akan sempurna. Demikian juga jika dibaca untuk penyembuhan penyakit apapun, nescaya penyembuhannya pun akan sempurna.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih