Syaitan Menjelma Diri di Hadapan Nabi Nuh AS

Abul Faraj Ibnul Jauzi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Umar RA dia berkata, “Tatkala Nabi Nuh AS menaiki kapal besar yang telah dibuatnya, dia melihat seorang tua yang tidak dikenali. Nabi Nuh AS bertanya, “Mengapa kamu masuk?”

Orang tua ini menjawab, “Saya masuk kerana ingin menganggu hati para sahabatmu sehingga hati mereka bersama saya sedangkan jasad mereka bersamamu. “Nabi Nuh AS berkata kepadanya, “Keluarlah kamu wahai musuh Allah!”

Iblis (orang tua) itu berkata, “Ada lima perkara  yang saya gunakan untuk membinasakan manusia. Saya akan memberitahukan tiga perkara sahaja kepadamu sedangkan yang dua lagi tidak akan saya beritahu.”

Maka, Allah SWT menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Nuh AS agar menyuruhnya memberitahukan dua perkara yang disembunyikannya dan mengabaikan tiga perkara yang lain.

Iblis pun berkata, “Dengan kedua perkara tersebut saya dapat membinasakan umat manusia iaitu hasad (dengki) dan rakus. Hal ini adalah kerana hasad, saya dilaknat dan dijadikan sebagai syaitan (penjahat) yang terkutuk. Disebabkan oleh sifat rakus, saya menyuruh Adam AS memakan semua isi syurga tanpa terkecuali walau satu pun dan saya berhasil mendapatkan keinginan saya daripadanya, sehingga dia pun dikeluarkan dari syurga.”

Kehidupan Jin