Syaitan Mempermainkan Orang Yang Meremehkan Qiyamullail

Apabila seseorang bangun dari tidurnya di pagi hari tanpa melakukan qiyamullail lebih mudah untuk syaitan menguasainya. Hal ini jelas dilihat dalam As-Sahihain, daripada Abdullah bin Masud RA dia berkata, “Pernah disebutkan kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang tidur semalaman sehingga bangun di pagi harinya, maka baginda bersabda, “Itu ialah orang yang kedua-dua telinganya atau satu telinganya telah dikencing syaitan.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Terdapat perbezaan pendapat berkenaan kencing syaitan di kalangan para ulama. Ada yang berpendapat bahawa syaitan benar-benar kencing.” Imam Qurtubi dan yang lainnya berkata, “Hal ini boleh terjadi dan ia bukan suatu perkara yang mustahil. Hal ini adalah kerana dia juga makan, minum dan kahwin sehingga wajar kalau dia kencing.” Ada juga pendapat mengatakan, “Ini hanyalah kiasan yang menerangkan syaitan menutup telinga orang yang lalai dari melaksanakan solat sehingga dia tidak mendengar zikir (tidak zikrullah).”

Selain itu ada juga pendapat mengatakan bahawa, “Syaitan memenuhi telinga orang ini dengan berbagai-bagai kebatilan sehingga pendegarannya terhalang untuk berzikir. Ada pula pendapat mengatakan bahawa perkara tersebut merupakan kiasan akan penghinaan syaitan terhadapnya.”

Pendapat lain pula mengatakan, “Syaitan telah menguasainya dan meremehkannya sehingga syaitan menjadikannya seperti tandas yang disediakan untuk kencing. Hal ini adalah kerana orang yang meremehkan sesuatu, kebiasaannya akan dikencingnya.”

Imam Ahmad meriwayatkan dari Hasan Basri, dia berkata, “Demi Allah, kencing syaitan itu benar-benar berat.”

Abdullah bin Masud RA berkata:

“Sungguh rugi bagi orang yang tidur hingga pagi hari. Sementara syaitan kencing di telinganya.” (HR. Muhammad bin Nadhr)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Isnadnya sahuh.”

Kehidupan Jin