Solat – Cara Syaitan Masuk Dalam Diri Seorang Hamba (Bhgn 2)

SYAITAN MASUK KE DALAM DIRI SEORANG HAMBA DENGAN CARA MEROSAKKAN IBADAH MEREKA

Kerosakan ibadah ini dilakukan dengan cara mentalbis keyakinan, urusan dan penunaian ibadah mereka, antara lain:

b) Solat

Syaitan masuk melalui solat di antaranya ialah dengan membisik kepada seseorang bahawa pakaiannya tidak suci, kemudian orang tersebut mengganti pakaiannya atau mencucinya ketika pakaian itu disentuh oleh orang lain, kerana menyangka bahawa pakaian itu sudah tidak suci lagi. Syaitan juga membisik-bisikkan kepada seseorang bahawa ada setitis air yang jatuh menimpa bajunya sebelum dia mengerjakan solat, lalu dia mengurus baju itu hingga dirinya tertinggal dari pelaksanaan solat berjemaah. Ini menjadi pintu masuk untuk kelemahan iman, dan berikutnya akan menjadi pintu masuk bagi syaitan menuju dirinya.

Salah satu bentuk serangan syaitan terhadap manusia melalui jalan ini adalah membisikkan tentang niat solat. Di antara mereka ada yang mengucapkan, “Ushalli solata …,” kemudian dia mengulangi niat itu lagi, kerana menyangka niatnya telah batal. Padahal niatnya itu tidak batal, meskipun dia tidak puas dengan lafaznya. Mungkin juga syaitan menggoda manusia, bahawa dia mengerjakan solat tanpa wuduk, meskipun sebenarnya dia telah berwuduk dengan wuduk yang betul.

Agar diri kita terlindung dari bisikan dan godaan syaitan ini, maka:

  1. Yakinlah bahawa engkau telah melakukan wuduk secara betul.
  2. Sesungguhnya niat itu tidak rosak, niatmu itu betul dan tidak berubah selama kamu mengerjakan solat.
  3. Tatkala engkau mengucapkan: “Allahu Akbar” (takbiratul ihram), ketahuilah bahawa engkau sudah memasuki solat, maka engkau harus memikirkan apa yang kamu ucapkan dalam solat danjangan biarkan fikiranmu memikirkan selain bacaan itu, agar syaitan tidak mampu merosak solatmu dan mengganggumu.
  4. Ingatlah selalu apa yang engkau kerjakan dan ucapkan dalam wuduk mahupun solat. Jangan kau benarkan bisikan apapun bahawa engkau telah melakukan kesalahan dalam perbuatan atau ucapan yang membatalkan wuduk mahupun solat.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Kehidupan Jin