Perkahwinan Jin dengan Manusia

Ada kalanya kita mendengar kisah pernikahan antara  manusia dan jin yang biasa orang Melayu menyebut sebagai orang Bunian.

Apakah pandangan Islam mengenai pernikahan ini yang melibatkan sama ada manusia itu lelaki atau pun perempuan. Dalam hal ini ada dua persoalan iaitu Kemungkinannya atau Pandangan syarak mengenainya.

Kalau dikaji dari segi kemungkinannya maka ia tetap berlaku. At-Tabari berkata, “Mereka menyakini sesungguhnya pernikahan dan persetubuhan kadang-kadang berlaku di antara manusia dan jin sebagaimana firman Allah SWT”.

Maksudnya:

Bekerjasamalah engkau dengan mereka pada urusan harta dan anak-anak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Apabila seseorang suami menyetubuhi perempuannya dan tidak menyebut nama Allah, maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh bersamanya.”

Ibn Abbas RA pula berkata:

Maksudnya :  “Apabila seorang suami mensetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin.”

Ibnu Taimiyah menguatkan pendapat ini dengan katanya. “Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak dan ini sesuatu yang telah termaklum”.

Nabi kita Muhammad SAW telah menegah kita daripada menikahi golongan jin. Para Fuqaha berkata, tidak harus berkahwin di antara manusia dan jin dan dimakruhkan pula oleh kaum tabiein. Ini menunjukkan perkahwinan ini maka tidak akan timbul hukum harus atau pun haram.

Ahli sejarah dan ahli-ahli hadis menceritakan tentang kisah perkahwinan ini daripada Ulama Salaf terdahulu sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Sulaiman daripada A’masy katanya : “Ada jin jantan yang berkahwin dengan kaum kami, dan aku bertanya kepadanya apakah makanan yang paling kamu suka, maka jawab jin itu nasi. Kami bawakan nasi berkenaan, maka kami nampak suapan terangkat sedangkan orangnya tidak ada. Dan banyak lagi kisah mengenai perkahwinan ini sebagai bukti berlakunya.”

Sekiranya ditanya bagaimana boleh berlakunya sedangkan unsur manusia dari tanah dan jin dari api. Unsur tanah bagaimana ia masuk ke dalam rahim jin yang berunsur api. Unsur tanah adalah sejuk dan lembut sedangkan api panas dan tidak akan lahirnya keturunan.

Maka jawapannya:

1.Walaupun mereka diciptakan daripada api, ia tidaklah kekal dengan kejadiannya yang asal itu, tetapi berubah setelah beranak pinak, makan minum dan sebagainya. Sebagaimana anak Adam yang berasal daripada tanah tetapi sekarang sudah pun berubah daripada asalnya.

Nabi kita Muhammad SAW telah menceritakan bahawa lidah syaitan dirasakan sejuk apabila Nabi mencekiknya.

“Aku terus mencekiknya sehingga sejuk air liurnya. Ini menunjukkan unsur asal sudah tidak ada lagi kalau masih daripada unsur asal nescaya panas air liurnya.”

2.Masalah hukum syarak. Jumhur Ulamak seperti Al-Hasan, Qatadah, Ishak dan Hakim mengatakan bahawa makruh hukumnya.

Tetapi pendapat Al-Imam Malik bin Anas RA mengatakan harus tetapi tidak digalakkan. Abu Othman Said bin Al-Abbas Ar-Razi menulis di dalam kitabnya

Mengenai masalah pernikahan dengan jin, suatu kaum telah menulis surat kepada Imam Malik bin Anas bertanya mengenainya. Katanya, Di sana ada satu jin “lelaki” meminang seorang wanita manusia, dia ingin supaya menjadi halal perhubungannya. Imam Malik menjawab, “aku lihat tidak ada apa-apa masalah di dalam agama tetapi adalah makruh kerana apabila terdapat seorang wanita hamil dan ditanya siapa suamimu maka jawapannya JIN maka akan timbul kerosakan di dalam agama kita.”

Ada pula sesetengah Ulama’ mengatakan haram berdasarkan firman Allah SWT

Maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.”

Sekiranya berlaku pernikahan di antara manusia dan jin tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami isteri disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah hikmat perkahwinan yang disebut sebagai ketenangan (sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga hadis Rasulullah SAW daripada Mohd bin Yahya Al-Qadie, daripada Basyar bin Umar, daripada Ibn Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Az-Zuhri katanya Baginda Rasulullah SAW telah melarang berkahwin dengan jin.

Pernikahan di antara jin dan manusia akan timbul perasaan tidak tenteram, takut, bimbang dan berbagai-bagai lagi. Tidak wujud perasaan tenang atau gembira. Oleh itu hilanglah hikmat perkahwinan yang disebut dalam ayat tadi, iaitu tanda-tanda kebesaran Allah SWT menjadikan pernikahan itu ketenangan, kemesraan, berkasih sayang dan sebagainya.

Tambahan pula timbulnya permusuhan di antara dua golongan semenjak zaman berzaman sebagaimana firman Allah SWT

Maksudnya:

“Dan kami berkata turunlah kamu semua setengah kamu dengan setengah yang lain menjadi musuh”

Kehidupan Jin