Sebagai hasil perjuangan melawan dan bermujahadah menumpaskan nafsu dalam 2 peringkat sebelum ini, anda akan berada di peringkat penguasaan rasa ataupun tajalli.
Agak sukar untuk menulis apa yang dikatakan ‘rasa’ (tajalli). Ini kerana ia adalah sejenis perasaan yang tidak dapat ditulis, dilukis manupun dicetak. Ianya hanya dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Ibarat gula, tidak dapat digambarkan secara tepat kemanisannya kecuali dengan merasainya.
Rasa (tajalli) secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Jiwa dan hatinya seolah-olah hidup dan nampak kebesaran Allah SWT. Harapan dan pergantungan tidak yang lain selain dari Allah SWT. Segala amal baktinya adalah kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT semata-mata.
Apa sahaja masalah hidupnya dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tidak rasa susah langsung dalam hidupnya, sebab itu semua dirasakan pemberian Allah SWT, tempat tumpuan kasih sayangnya.
Kebahagian mereka terletak dalam hati. Terasa bagaikan Syurga sebelum Syurga di Akhirat nanti. Inilah kebahagian hakiki, tandanya ialah merasakan kebahagiaan di hati.
Anda perlu membersihkan jiwa dari segala sifat-sifat negatif dan memiliki sifat-sifat positif demi untuk membangunkan kekuatan jiwa yang luar biasa. Kata Abu Hafash: Bagusnya ada kesopanan lahir, membuktikan adanya adab yang di dalam batin.
Allah berfirman: Jika kamu berjumlah 20 orang yang berjiwa teguh nescaya dapat mengalahkan 200 orang musuh dan jika dari kamu itu 100, nescaya dapat mengalahkan 1000 orang kafir. (Al-Anfal: 65)
Ikuti Perkongsian Seterusnya MINGGU HADAPAN !!!