Perbezaan Jin dan Syaitan

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa jin itu ada dua bahagian:-

  1. Syaitan : Golongan yang langsung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar menjadi MARID dan IFRIT.
  2. Jin : Golongan ini ada yang soleh dan ada yang fasiq, mereka sama dengan golongan manusia, ada yang baik, ada yang jahat, ada yang mukmim dan ada yang kafir.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya di antara kami ada golongan yang soleh dan ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda”

FirmanNya:

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya di antara kami ada yang taat dan ada pula yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.”

Jin ada yang beragama Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi dan penyembah berhala. Yang beragama Islam ada yang bermazhab Ahlus-Sunnah, Bid’ah, berfahaman Qadariyah, Murjiah, Syiah dsb.

Kehidupan Jin