Perbezaan Antara Permusuhan Syaitan dan Permusuhan Manusia

Allah SWT berfirman:

“Jadilah seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta hindarilah daripada orang yang jahil. Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-A’raf: 199-200)

“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (kepada Allah). Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Kamu daripada bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Kamu agar mereka tidak mendekatiku.”
(Surah Al-Mukminun: 96-98)

Pada ayat lain, Allah SWT berfirman:

“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap kamu akan menjadi seperti seorang sahabat karib. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka pohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Fussilat: 34-36)

Al-Hafiz Ibnu Kathir mengatakan, “Makna bagi tiga ayat ini tidak ada bandingannya. Allah SWT memerintahkan manusia agar sentiasa berbuat baik kepada manusia yang memusuhinya dan memperlakukannya secara wajar, supaya watak kemanusiaanya (fitrahnya) kembali jernih dan bening.

Allah SWT juga memerintahkan manusia untuk meminta perlindungan kepada-Nya daripada musuh, iaitu syaitan yang tidak pernah mahu menerima perlakuan wajar dan tindakan baik serta tidak pernah melakukan kebaikan selain untuk menghancurkan manusia; kerana dahsyatnya permusuhan antara dirinya dengan bapa mereka dahulu, iaitu Adam AS.

Kehidupan Jin