Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah (Bahagian 3)

RUMAH YANG PENGHUNINYA TIDAK MANDI JANABAH

Janabah adalah suatu keadaan yang mengharuskan kita mandi akibat jimak, baik keluar sperma mahupun tidak, kerana keluar sperma akibat mimpi (tidak melalui persetubuhan), atau kerana keluar sperma akibat gejolak nafsu syahwat. Jika sperma keluar waktu terjaga, maka tidak wajib mandi.”

Pengkhususan larangan dan ancaman melalui hadis di atas adalah kepada orang yang tidak membiasakan diri untuk tidak mandi janabah sebagai bukti atas kurangnya pemahaman agama dan buruknya jiwa sebagaimana yang dituturkan oleh Ibnul Atsir”

Di dalam sahih Bukhari sebutkan bahawa Nabi SAW selalu mencuci kemaluannya lalu berwuduk seperti wuduk hendak solat, kemudian baru baginda tidur.”

Kerana itu, seorang mukmin yang berjanabah kemudian berniat tidur, dia harus wuduk jika tidak sanggup mandi. Sebelum Subuh barulah dia mandi agar dapat solat Subuh tepat pada waktunya. Dengan demikian dia akan tetap dipelihara Allah, dijaga dari setiap kejahatan, serta akan memperolehi anugerah dan kebaikan.

Imam Abi Daud dalam kitab sunannya dengan judul Babul-Junub Yuakhiral-Ghosla (Bab orang yang berjanahab menunda mandi) mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung), anjing dan orang
yang sedang berjanabah.”

Al-Khaththabi mengulas hadis di atas dengan mengatakan: “Ucapan Rasulullah ‘malaikat tidak akan memasuki rumah’ merujuk pada malaikat yang biasa turun membawa rahmat dan keberkatan, bukan malaikat hafazhah (pengawas dan pencatat amal) kerana malaikat hafazhah tidak pernah meninggalkan manusia sekalipun manusia itu sedang berjanabat.”

Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan “orang yang berjanabah” pada hadis di atas bukanlah orang yang menunda mandi janabah hingga datang waktu solat, melainkan orang yang tidak pernah mandi janabah dan enjadikan perkara itu sebagai kebiasaan.

Ammar bin Yasir RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga orang yang tidak akan didekati oleh malaikat, iaitu bangkai orang kafir, lelaki yang melumurkan
tubuhnya dengan wangi-wangian za’faran (sejenis kunyit), dan orang yang berjanabat
kecuali jika dia berwuduk.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang dimaksudkan dengan ‘malaikat’ di sini adalah malaikat yang biasa turun membawa rahmat dan keberkatan, bukan malaikat hafazhah kerana malaikat hafazhah tidak pernah meninggalkan manusia. Dikatakan juga bahawa ancaman ini berlaku bagi orang yang menunda mandi janabat tanpa uzur atau ada uzur dan mampu berwuduk tetapi tidak berwuduk.

Selain itu ada yang berpendapat bahawa hadis di atas berlaku bagi orang yang berjanabat tetapi menangguhkan mandinya kerana malas dan dijadikan sebagai kebiasaan. Wallahu a’lam!”

Bazzar dengan isnad sahih dari Ibnu Abbas mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Terdapat tiga orang yang tidak akan didekati malaikat, iaitu orang yang berjanabat, orang yang
mabuk, dan orang yang melumurkan dirinya dengan wangi-wangian dari za’faran.”

Buraidah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Terdapat tiga orang yang dijauhi oleh malaikat, iaitu orang yang mabuk, orang yang melumurkan
dirinya dengan wangi-wangian dari za’faran, dan orang yang sedang berjanabat.”

Ammar bin Yasir RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malaikat tidak akan hadir memberikan kesaksian dengan kebaikan kepada jenazah orang kafir, juga
tidak mendekati orang yang melumurkan dirinya dengan za’faran, serta orang yang sedang berjanabah.”

Di dalam Faidhul-Qadir, al-Manawi berkata: “Yang dimaksudkan dengan ‘memberi kesaksian dengan kebaikan’ adalah memberi khabar bahawa malaikat akan mendatanginya dengan seksa yang sangat pedih dan penuh penghinaan. Atau dapat juga diertikan bahawa malaikat tidak akan menghampiri jenazah orang kafir kecuali untuk menyatakan keburukan dan menurunkan seksa kepadanya.”

Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang tidak didatangi malaikat adalah orang yang tidak berwuduk secara sempurna setelah berjanabah. Pendapat lain mengatakan bahawa orang yang tidak akan didatangi malaikat adalah orang yang bermalasan untuk mandi janabah.

Perlu kita ketahui bahawa orang yang dijauhi malaikat adalah orang yang akan didekati syaitan. Yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘malaikat tidak akan mendekari orang yang berjanabah’ pada hadis di atas (hadis Ammar bin Yasir) adalah orang yang biasa tidak mandi janabah kerana malas atau sengaja hingga waktu solat telah berlalu. Orang seperti itu dikatakan sebagai orang yang telah meremehkan syariat dan tidak berniat beribadah secara sempurna kepada Allah SWT. Jadi, orang yang tidak akan didekati malaikat tidak mencakupi semua orang yang sedang berjanabah, tetapi orang yang melalaikan syariat Allah.”

Kita semya harus memahami bahawa syariat Islam yang hanif ini telah menganjurkan umatnya untuk mandi, baik kerana janabah mahupun tidak. Di antara nas yang menganjurkan mandi adalah riwayat Abu Umamah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Mandi pada hari Jumaat itu mengikis dosa dan kesalahan dari pangkal rambut.”

Dalam perkara ini kami kemukakan tata cara mandia yang mungkin sahaja belum difahami oleh sebahagian umat Islam. Kita mulai semuanya dengan membaca bismillah sambil berniat menghilangkan hadas besar di dalam hati tanpa harus dilafazkan. Basuhlah tangan di luar tempat air sebelum memasukkan kedua belah tangan ke dalamnya.

Setelah meratakan tangan kanan dengan air di tangan kiri dan membasuh seluruh bahagian-bahagian atau lekukan-lekukan dan celah-celah di sekitarnya dari setiap kotoran, bersihkan tangan kiri.

Setelah itu kita berwuduk seperti wuduk hendak solat kecuali kaki yang ditunda hingga selesai mandi. Kedua tapak tangan dimasukkan ke dalam air untuk menyela-nyela rambut, kemudian kepada dan telinga dibasuh sebanyak tiga kali dalam tida cedukan.

Setekah itu ratakan air ke badan bahagian kanan mulai dari atas ke bawah yang diteruskan dengan meratakan bahagian badan sebelah kiri dengan tetapi memerhatikan bahagian-bahagian badan yang berlipat atau berlekok agar semuanya disirami airm seperti pusat, ketiak dan yang lainnya.

Akhirnya mandi janabah dengan membasuh kedua belah tapak kaki. Hendaklah kita melaksanakan mandi janabah dengan bersungguh-sungguh dan sesegera mungkin. Janganlah menunda-nunda pelaksanaan mandi janabah agar Allah mencurahkn kita dengan rahmat-Nya dan malaikat rahmat sentiasa menjadi pendamping kita setiap waktu.

Bersambung…

Kehidupan Jin