ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Solat adalah perkara yang sangan agung sehingga Imam Ibnul Qayyim dalam kitabnya Ash-Shalah wa Hukmu Tarikiha berkata: “Seluruh umat Islam tidak berbeza pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dianggap telah melakukan dosa besar dan dosanya lebih besar daripada dosa membunuh atau mencuri.”
Dikatakan juga bahawa dosa meninggalkan solat lebih besar daripada dosa berzina atau meminum khamar. Meninggalkan solat pun akan mendatangkan murka dan kebencian Allah SWT serta memunculkan kehina-dinaan bagi pelakunya, baik di dunia mahupun di akhirat. Cukuplah firman Allah SWT kepada mereka sebagai dalil yang bermaksud:
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: ‘Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mendirikan solat.'” (Al-Muddatsir: 42-43)
Rasulullah SAW pun bersabda:
“Yang membezakan seorang lelaki (muslim) dengan yang syirik dan kufur adalah solat.”
Allah SWT pun berfirman tentang orang yang menunda solat yang bermaksud:
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al-Ma’un: 4-5)
Dengan demikian, hendaklah kita sentiasa menjauhi setiap perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah dan hendaklah kita meninggalkan segala sesuatu yang meragukan (syubhat) agar kita memperoleh rahmat Allah. Di akhirat kita tidak akan diancam azab Allah dan di dunia kita tidak decegar dari doa malaikat.
RUMAH YANG BERBAU BUSUK
Sebagaimana manusia, malaikat akan merasa tidak nyaman jika harus mendatangi suatu tempat yang berbau busuk sehingga mereka akan menjauhi setiap tempat berbau itu. Kerana itu, hendaklah kita semua selalu membersihkan rumah dan mengharumkannya dengan haruman-haruman yang menyenangkan agar penghuninya senang dan malaikat pun senang mendatangi rumah kita.
Di dalam sejumlah riwayat, Rasulullah SAW menganjurkan untuk selalu bersih, rapi, dan wangi sebagaimana contoh-contoh yang telah diberikan baginda. Islam merupakan agama yang menghimpun kenyamanan di dunia dan akhirat.
Malaikat akan menjauhi bauan-bauan, di antaranya, jika kita memakan bawang putih dan bawang merah yang masih mentah (dan yang sejenisnya) serta air kencing yang memendap (tidak dijirus).
Ada sebahagian orang yang mengira bahawa memakan bawang mentah itu dilarang hanya pada hari Jumaat, padahal larangan itu berlaku untuk hari-hari lain, apalagi setiap kali akan mendirikan solat. Marilah kita mendalami beberapa hadis di bawah ini. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari sesuatu yang berbau busuk sebagaimana Rasulullah SAW melarang kita memakan bawang putih dan bawang merah mentah ketika hendak ke masjid sehingga malaikay tidak mahu mendekati masjid. Selain itu banyak juga kalangan yang mengira bahawa rokok adalah pengecualian dari sesuatu yang berbau busuk, padahal larangan itu sangat layak bagi perokok kerana bau rokok itu lebih busuk daripada bau bawang.
Di samping itu juga kerana bawang itu tidak berbahaya, sementara rokok justeru berbahaya dan sama sekali tidak ada manfaatnya. Kita berlindung kepada Allah dari perkara-perkara yang seperti itu.
Hadis-hadis yang dimaksudkan adalah seperti berikut.
Jabir bin Abdulullah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang makan sayuran ini (iaitu) bawang putih, bawang merah dan daun kucai, maka dia tidak boleh mendekati kami di masjid kami kerana malaikat merasa tidak menyenangi sesuatu yang terhadapnya Bani Adam pun tidak senang.”
Di dalam Syarhus-Sunnah disebutkan: “Anjuran Rasulullah SAW agar orang yang memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap tidak datang ke masjid berkaitan dengan larangan Rasulullah SAW untuk tidak memakan makanan berbau busuk kertika hendak berkumpul atau bertemu dengan orang lain, seperti ketika hendak solat berjemaah, supaya orang tidak mencium bau tersebut.”
Abu Sa’id al-Khudri RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memakan tumbuh-tumbuhan jenis ini (yang berbau busuk ini) janganlah mendekati kami di masjid. Wahai segenap manusia, ketahuilah bahawa aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, tetapi aku tidak menyenangi bau tumbuh-tumbuhan seperti itu.”
Jabir bin Abdillah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memakan tumbuh-tumbuhan berbau busuk ini, janganlah dia mendatangi masjid kerana malaikat merasa terganggu dengan sesuatu yang dengannya manusia terganggu!”
Mughirah bin Syu’bah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa memakan tumbuh-tumbuhan berbau busuk ini, janganlah dia mendatangi tempat solat kami sampai bau busuk itu hilang. Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang makan tumbuh-tumbuhan jenis ini, hendaklah dia menjauhi masjid kami, janganlah menganggu kami dengan bau bawang yang busuk!”
Anas bin Malik RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Hindarilah olehmu dua jenis sayuran yang berbau busuk ini. Janganlah kamu memakannya kemudian memasuki masjid kami. Jika kamu memang harus makan juga, bunuhlah bau busuknya dengan api!”
Melalui hadis di atas, Nabi SAW mengajar kita cara memakan bawang dan sayur-sayuran yang berbau busuk lainnya, iaitu dengan dimasak terlebih dahulu. Abu Darda RA mengatakan bahawa Nabi SAW melarang kita memakan bawang. Abu Sa’id RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang kita memakan bawang, daun kucai dan bawang putih. Ibnu Umar pun mengatakan bahawa Nabi SAW melarang kita memakan bawang putih.”
Setelah kita memahami rangkaian hadis yang mengingatkan untuk tidak memakan bawang dan makanan lain yang berbau busuk, terutama jika akan ke masjid, sepatutnyalah kita tidak memakan makanan seperti itu sekalipun kita tetap di rumah (tidak ke mana-mana) agar malaikat rahmat memasuki rumah kita dan betah mendampingi kita.
Malaikat pun tidak menyukai air kencing yang dibiarkan bergenang (tidak disiram) sehingga baunya menyebar ke mana-mana. Rasulullah SAW melarang kita membiarkan air kencing sebagaimana sabda baginda di dalam hadis yang ditakhrijkan oleh Imam Thabrani di dalam Mujamul-Awsath dari Abdullah bin Yazid. Di dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW berpesan:
“Janganlah kita membiarkan air kencing (kencing) menggenangi (tidak disiram) suatu tempat di rumah kerana malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat genangan air kencing.”
Imam Sa’id bin Mansur dan Ibnu Abi Syaibah mentakhrijkan hadis dari Ibny Umar bahawa dia bertutur: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya air kencing menggenang.”
Pengarah kitab Aridhatul-Ahwadzi dalam judul: “Malaikat Merasa Terganggu yang dengannya Bani Adam pun Tergangggu” berkata: Hadis ini merupakan nas (dalil) bahawa dalam menghadapi sesuatu yang berbau busuk, sikap malaikat sama dengan mansia sekalipun malaikat tidak memakan makanan yang menimbulkan bau busuk ini. Tidak makannya malaikat sudah merupakan kebiasaan yang Allah takdirkan bagi mereka, namun Allah menjadikannya benci dan senag atas segala sesuatu yang berbau busuk.
Kerana itu, marilah kita menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan bau busuk dan tidak sedap. Marilah kita membersihkan rumah dan tinggalkanlah kebiasaan buruk mengambil makanan yang berbau busuk, terutama rokok, agar kita memperoleh keuntungan dan sentiasa didampingi malaikat rahmat.
Bersambung…