TIDAK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
Di dalam kitab Sunan Nasa’i, Sunan Abi Daud dan Sunan Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas RA disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membunuh secara sengaja hendaklah engkau mengikat tangannya (membunuhnya), dan barangsiapa yang menghalang orang yang hendak menjalankan qisas (seperti itu), maka di diancam dengan latnat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya.”
Jika orang yang mencuba menghalang pelaksanaan hukum Allah terhadap orang yang membunuh dengan sengaja sahaja diancam dengan laknat, bagaimanakah prang yang menghalang pelaksanaan seluruh syariat-Nya? Atau bagaimana dengan orang yang tidak mahu menggunakan hukum dan undang-undang Allah?
PEMBERI TEMPAT KEPADA PELAKU BIDAAH
Di antara orang yang dikutuk Allah dan malaikat-Nya adalah orang yang membuat suatu perkara bidaah, orang yang menentang hukum dan syariat Allah, atau orang memberi tempat kepada orang seperti di atas dan melindunginya. Di dalam sebuah hadis sahih disebutkan bermaksud:
“Siapa sahaja yang membuat perkara baru (bidaah) atau melindungi (memberi tempat kepada) pembuat dan pelaku bidaah, Allah akan melaknatnya, begitu juga dengan para malaikat dan manusia seluruhnya!”
Melakukan perbuatan bidaah di Madinatur-Rasul dosanya lebih besar, sebagaimana dituturkan Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Madinah itu haram mulai dari keldai hutannya hingga lembu. Barangsiapa yang berbuat bidaah di sana atau memberikan tempat kepada pelaku bidaah, maka di akan di ancam dengan laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima amalnya, baik kecil mahupun besar …!”
WANITA YANG MENOLAK PERMINTAAN SUAMI
Di dalam sebuah hadis sahih pada jalur Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita diajak suaminya untuk tidur, tetapi dia menolaknya, lalu suaminya mara selama malam itu, maka wanita itu dilaknat oleh malaukat hingga pagi!”
Imam Nawawi berkata: “Yang dimaksudkan dengan malaikat adalah malaikat hafashah (yang mengawasi amal manusia) atau yang ditugaskan untuk perkara itu. Sedangkan, yang dimaksudkan dengan ungkapan laknat pada hadis di atas bukan laknat secara bahasa yang ertinya ‘dijauhkan dari rahmat Allah.” Yang dimalsudkan laknat pada hadis di atas adalah dicaci, dicela’, serta tercegah dari dosa dan istighfar.
Sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran, malaikat itu selalu memohon keampunan untuk hamba-hamba Allah. Wanita yang menolak ajakan suami tidak akan mendapatkan keampunan kerana ketidakpatuhannya. Dengan demikian, murkanya seorang suami menimbulkan murka Allah kepada wanita tersebut.
Dengan demikian, yang wajib dilakukan oleh seorang wanita adalah meminta keredaan suami dan berupaya agar suami tidak murka kepadanya, misalnya dengan tidak meonolak keinginan suami selama dirinya tidak berada dalam keadaan uzur syar’i berupa haid, nifas atau sakit.
ORANG YANG MENAKUT-NAKUTKAN ORANG LAIN DENGAN BENDA TAJAM
Imam Muslim dalam sahihnya mengatakan bahawa Abu Hurairah RA berkata: ‘Abul-Qasim (Rasulullah SAW) bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuk (menakut-nakutkan) orang lain dengan besi maka malaikat akan melaknatnya sekalipun orang lainnya itu saudara kandunganya (seibu sebapa).”
Laknat malaikat menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya termasuk perbuatan haram kerana dengan perbuatannya muslim yang lain ketakutan, walaupun dia sendiri tidak berniat menakut-nakutkan orang lain. Yang dikhuatirkan adalah jika syaitan membisikkan niat jahat kepadanya sehingga mungkin dia membunuh saudaranya sendiri dengan besi yang digunakannya untuk menakut-nakutkan itu. Lebih-lebih jika yang digunakan adalah jenis senjata moden yang banyak kita kenal sekarang ini.
Bersambung…