Pengertian & Asal Usul Jin

Pengertian Jin Dari Segi Bahasa

Perkataan jin berasal dari bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun “” yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah :

Maksudnya:

Apabila waktu malam sudah mulai gelap, dia (Ibrahim) melihat bintang.

Tiap-tiap yang beriring daripada jim dan nun maka maknanya tersembunyi atau tidak kelihatan. Jin itu digelarkan dengan nama sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.

 

Pengertian Jin Dari Segi Istilah

Bermacam-macam takrif yang kita dapati mengenai Jin ini tetapi dapatlah diringkaskan menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya

Katanya Jin itu: Suatu jenis roh yang beraqal mempunyai kehendak, mereka adalah mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.

 

Asal-Usul Jin

Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya:

Dan jin itu kami ciptakannya sebelum manusia daripada api yang sangat panas.

Maksudnya:

Dan Allah ciptakan jin itu dari[ada lidah api.

Firmannya lagi sebagai menghikayatkan kisah iblis:

Maksudnya:

Engkau ciptakan daku daripada api dan engkau ciptakannya daripada tanah.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya:

Malaikat dicipta daripada cahaya, Jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah).

Dapatlah disimpulkan bahawa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia dicipta daripada tanah.

Oleh itu, jelaslah penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidaklah dapat diketahui secara tepat berapa tahunkah jaraknya penciptaan di antara dua makhluk ini.

Ibn Bashar Al-Qurasyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah bin Amr Bin Al-As. Katanya: Allah SWT mencipta jin ini sebelum Adam selama dua ribu tahun

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil sama ada daripada Quran atau daripada hadis Rasulullah s.a.w.

Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin. Jin adalah dicipta daripada api sebagaimana manusia dicipta daripada tanah sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-A’raf ayat 12:

Maksudnya:

Iblis berkata: bukankah aku lebih mulia daripada dia? aku diciptakan darpada api, sedangkan dia kau ciptakan dari tanah.

Kehidupan Jin