Pendapat Ulamak Tentang Rasukan Jin

Ada berbagai-bagai pendapat pro dan kontra mengenai perkara ini. Untuk meringkaskan bicara ini memadailah saya membawakan beberapa ayat Al-Quran dan Sunnah untuk membuktikan wujudnya rasukan ini dan juga pengalaman-pengalaman yang telah berlaku pada masyarakat kita, sama ada dipercayai orang atau pun tidak kerana ini boleh dibuktikan dengan melihat dengan mata kepala sendiri.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.

Ibn Kathir berkata: Orang yang makan riba itu mati tidak bangun daripada kubur mereka pada hari qiamat melainkan sebagaimana bangunnya orang-orang yang dihinggapi oleh jin dan disampuk oleh syaitan.

Ibn Abbas RA pula berkata: Pemakan Riba itu nanti akan dibangkitkan pada hari qiamat seperti orang gila yang tercekik lehernya.

Pendapat kebanyakan ulama bersetuju mengatakan jin boleh merasuk dan mengganggu otak manusia bahkan boleh melakukan kesakitan pada badan manusia dengan izin Allah, sebagaimana pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyah.

Kehidupan Jin