Ibnu Abid-Dunya di dalam kitabnya menyebut mengenai pembahagian Jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang diwirayatkan oleh Abi-Darda’r.a.
“Allah SWT menciptakan jin tiga bahagian , satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagiannya pula adalah angin di udara dan sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan akan diseksa.”
Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara) satu golongan pula berbentuk ular dan anjing manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan yang berpindah randah.”
Ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.
1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2. Ifrit adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
Berkata ‘Ifrit’ (yang cerdik) dari golongan jin: ‘Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (dan) dapat dipercayai”.
Perkataan ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam Al-Quran.
3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasiq, sombong. Enggan sujud kepada Adam a.s. dan dia dikutuk / dilaknat.
4. Al-Marid sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.
Disebut di dalam Al-Quran sebanyak tiga kali
Maksudnya:
Mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka.
Maksudnya:
Di antara manusia ada orang yang membantah terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat,
Maksudnya:
Dan (telah memeliharanya) sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat durhaka.
5. Al-Awamir, kerana ia lama tinggal di rumah manusia. Mereka tinggal rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat dan suka mengusik.
Baginda Rasulullah SAW melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amaran sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abi Said Al-Khudri :
Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) hendaklah mengarahkan supaya ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.
Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-gesa membunuhnya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Jangan Kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penghilatan oleh itu bunuhlah mereka. (Riwayat Imam Bukhari)
Di dalam hadis yang lain:
Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah daripada Kaum Bani Israil yang engkar. (Riwayat At-Tabarani Hadis Sahih)
6. Al-Arwah ialah sejenis jin yang suka menganggu kanak-kanak. Mengenai nama Al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan At-Taiyibi di dalam bukunya “ “ tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan Al-Arwah atau mufradnya (singular) Ruh di dalam Al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti:
Maksudnya:
Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus.
Maka roh disini diterjemahkan sebagai Jibril.
Maksudnya:
Hai anak-anakku. Pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudara-nya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.
Maksudnya:
Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan.
Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.