Pandangan Ilmu Kedoktoran Mengenai Kerasukan

1. Dalam buku Azh-Zhawahir Ar-Ruhiyyah Al-Hadisah, seorang pakar ilmu kedoktoran dari Amerika, Karen Newton, anggota Asosiasi Riset Psikologi Amerika, memberi tanggapan berkenaan perihal kerasukan. Dia mengatakan, “Sangat jelas, kerasukan merupakan realiti yang tidak dapat dinafikan oleh sains moden, selagi masih terdapat kenyataan dan bukti kukuh yang menguatkannya.

Jika demikian halnya, mempelajarinya merupakan sebuah kepastian dan kewajipan. Bukan hanya dalam bidang akademik saja kerana ratusan, ribuan, bahkan jutaan manusia di masa yang akan datang akan mengalami gangguan jin (kerasukan). Diagnosis dan terapi yang cepat merupakan kaedah yang diperlukan bagi mengubati mereka yang dirasuk. Jika kita tidak dapat menerima keadaan kerasukan secara teori sudah pasti akan terpampang di hadapan kita ruang yang besar untuk mengkaji, menelaah, dan meneliti secara ilmiah. Hal ini memerlukan apa saja peralatan yang digunakan oleh ilmu moden dan teori psikologi. Bermula daripada perbahasan, layanan dan kesabaran.

2. Di dalam bukunya berjudul Tahlilul Halati Ghairil’ Aadiyah fi Ilajil’ Uqulil Maredhah, Dr. Pall mengatakan, “Kami mempunyai banyak bukti dan fakta tepat, khususnya keadaan yang berkaitan dengan gangguan jiwa, dengan sebuah kesimpulan bahawa ia menjadi faktor terjadinya berbagai-bagai penyakit kejiwaan dan tulang saraf. Fakta mengenai keadaan gangguan kejiwaan ini ternyata lebih tepat daripada ramalan sebelumnya.

Namun begitu nyatanya makhluk ghaib yang merasuki tubuh manusia bukan hanya satu. Makhluk tersebut terdiri daripada roh yang banyak iaitu didahului dengan roh yang masuk dan menghancurkan sistem indera milik manusia yang hendak diganggu (pembuka jalan). Dalam erti kata lain, makhluk pertama ini lebih lemah berbanding yang lain kerana hanya sebagai pembuka jalan bagi makhluk-makhluk halus yang lain. Disebabkan itu manusia yang hendak diganggu menjadi sasaran yang mudah dirasuk oleh makhluk halus yang lain. Keadaan ini seolah-olah seperti turutan di mana kejadian ini menampakkan ketiadaan hubungan di antara makhluk jenis pertama dan makhluk kedua yang terdiri daripada berbagai-bagai unsur.

Meskipun demikian, para pengubat penyakit jiwa masa kini datang membawa keajaiban yang menakjubkan dalam usaha mengusir para syaitan atau roh-roh yang mengganggu. Mereka mengubati para penderita gangguan dan penghidap kemurungan, meskipun tetap ada sebahagian doktor yang meremehkan dan merendahkan mereka.”

3. Dalam bukunya tentang kerasukan, Dr. James Harcelon mengatakan, “Kerasukan merupakan pengaruh yang tidak dapat dikawal oleh orang yang dirasuk, kerana makhluk ghaib yang merasukinya akan mempengaruhi akal dan tubuhnya. Dan kita tidak mungkin lagi mengingkari keadaan kerasukan ini.”

4. Terdapat sebahagian doktor, seperti Karl Wyckland berpendapat, bahawa gila terjadi kerana gangguan roh jahat terhadap orang yang sakit. Hal tersebut kan menyebabkan berlakunya gangguan dan kekacauan pada gerakan dan keadaan tubuhnya.

5. Dr. Paroyze, seorang pakar penyakit saraf di University Minneapolis, Amerika, dan Dr. Alexis Karel, pemenang nobel di bidang kedoktoran dan pakar ilmu bedah merupakan di antara yang mengakui keadaan kerasukan oleh roh jahat dan ilmu kedoktoran tidak mampu mengubatinya

6. Dr. Ahmad Ash-Shabahi Iwadhullah mengatakan, “Gangguan jiwa (kerasukan) merupakan perbuatan roh jahat yang rendah (jin dan syaitan). Cara mengubatinya adalah dengan menjumpai roh yang mulia, baik dan luhur (orang-orang muslim yang soleh) untuk menghadapi roh jahat. Kaedah ini digunakan untuk menghilangkan pengaruh, menolak dan menghilangkan perbuatannya. Hal sedemikian dapat dilakukan melalui orang-orang yang baik.”

Kehidupan Jin