Berikutan Akta Kawalan Pergerakan (PKP), disini kami nyatakan beberapa notis penting untuk para pelanggan Ikhtiar Syifa :
1- Kelewatan pengeposan dan penerimaan barang. Dengan situasi semasa , pihak kurier tidak menjamin untuk membuat pungutan setiap hari berikutan limit had waktu operasi. Proses penghantaran juga akan mengalami kelewatan. Kami memberi jaminan pengeposan akan dilaksanakan tidak lebih dari 3 hari bekerja selepas bayaran dibuat. Penerimaan barang memerlukan 7-14 hari bekerja.
2- Untuk memastikan keselamatan pemandu dan pelanggan, penjarakkan sosial akan dilaksanakan. Pengesahan tandatangan lazimnya diganti dengan pengesahan secara lisan oleh pihak kurier.
3- Tiada penghantaran ke lokasi yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
4- Penghantaran ke kawasan yang diisytiharkan Zon Merah oleh Majlis Keselamatan Negara mungkin mengambil masa lebih lama dari tempoh jangkaan pihak kami. Pihak pelanggan perlu menghubungi pihak kurier terdekat untuk rujukan urusan penghantaran.
5- Sekiranya pelanggan tidak menerima tempahan lebih dari 14 hari selepas bayaran dibuat, sila hubungi pihak kurier terlebih dahulu sebelum membuat aduan kepada kami. Terima kasih atas kerjasama anda.
Ikhtiar Syifa Sdn Bhd
Bidara Pilihan Terbaik Malaysia