Mutiara Hikmah V1

Manusia yang paling bahagian ialah orang yang:

  1. Berilmu
  2. Sabar
  3. Memadai apa yang ada (qana’ah)

Saidina Ali pernah berkata: “Manusia yang paling bahagia, adalah orang yang dapat memunaikan segala tanggungjawabnya.”

Ibrahim An-Nakhai:
“Kebinasaan orang yang sebelum kamu dengan sebab tiga perkara:
1. Banyak bercakap
2. Banyak makan
3. Banyak tidur

Berkata Luqman Al-Hakim:
“Wahai anakku! Manusia dibahagi kepada tiga pecahan:
1. Satu pertiga bahagian untuk Allah. Apa yang untuk Allah itu adalah rohnya.
2. Satu pertiga bahagian untuk dirinya. Apa yang untuk dirinya adalah amalnya.
3. Satu pertiga bahagian untuk ulat-ulat. Apa yang untuk ulat-ulat ialah jasadnya.

Malik Bin Dinar:
Perbaikilah tiga perkara dengan tiga perkara agar kamu termasuk dalam golongan orang beriman:
1. Sombong dengan Tawadhuk
2. Bakhil dengan Qana’ah
3. Hasad dengan Nasihat

Motivasi