Biasanya, apabila ada bayi baru lahir dalam kalangan penduduk Madinah yang dibawa menemui Rasulullah SAW baginda segera mentahniknya (dengan kurma), lalu mendoakan keberkatan baginya.
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa pernah ada beberapa bayi lelaki yang dibawa ke hadapan Nabi, lalu baginda memberkati dan mentahnik mereka. Kemudian ada pula seorang bayi lelaki lain yang dibawa ke hadapan baginda, lalu bayi itu kencing ke atas baginda. Baginda pun meminta diambilkan air, lalu baginda memercik bekas air kencingnya dengan air tersebut dan baginda tidak mencucinya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa bahawa dia menuturkan, “Suatu hari anakku lahir, maka aku pun membawanya menemui Rasulullah SAW, lalu baginda memberinya nama Ibrahim, dan mentahniknya dengan sebutir kurma kering”.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa dia menuturkan, “Aku pernah pergi membawa Abdullah bin Abi Tholhah Al-Ansari menemui Rasulullah SAW saat dia baru lahir. Ketika itu Rasulullah SAW sedang mengenakan jubah besar, sambil melumiri untanya dengan Qothiron (sejenis minyak yang digunakan untuk menghaluskan dan merapikan bulu unta). Baginda bertanya, ‘Apakah kamu memiliki kurma?’ Aku menjawab, ‘Ya’. Aku pun menyerahkan kepada baginda beberapa butir kurma. Baginda pun mengunyahnya, lalu membuka mulut bayi tersebut, memasukkan kurma itu ke dalam mulut si bayi yang langsung mengikuti arah kurma itu dengan lidahnya. Setelah itu baginda bersabda, ‘Kurma adalah kesukaan masyarakat Ansar’.
Erti tahnik iaitu mengunyah kurma dan sejenisnya, lalu digosok-gosokkan ke dalam langit-langit mulut bayi, yakni dengan cara meletakkan kurma yang sudah dikunyah di hujung jari, lalu dimasukkan jari itu ke dalam mulut si bayi, mengerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan, lalu si bayi pun mulai belajar makan dan akhirnya mampu melakukannya.
Tahnik atau suapan pertama itu sebaiknya dengan buah kurma kering. Kalau tidak ada, boleh dengan kurma basah. Kalau tidak ada juga, boleh dengan makanan manis atau madu lebah. Hal itu lebih utama dari makanan lain. Bila tidak ada, boleh digantikan dengan segala makanan yang tidak dimasak, seperti makanan sejenis yang digunakan untuk berbuka puasa. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al-‘Asqolani.
Hikmah Mentahnik Bayi Dengan Kurma
Dr.Faruq Musahil menyebutkan dalam bukunya Takrimu al-slam lil Insan Haula Hikmati ath-Thibbiyyah mina at-Tahnik, “Itu merupakan sebuah mukjizat perubatan dari Nabi dan di belakangnya hanya ada satu hadis saja. Setelah lahir, seorang bayi mendapatkan dirinya sudah terpisah dengan ibunya, dan makanan segera dari sang ibu pun sudah berhenti. Sehingga untuk boleh bertahan, dia harus bergantung pada sisa makanan yang masih tersimpan dalam tubuhnya. Jumlahnya tidaklah banyak, saat dia masih dalam rahim ibunya, sehingga saat keluarnya susu dari payudara ibunya. Keluarnya susu itu sendiri memerlukan waktu yang tidak sama antara seorang wanita dengan yang lain, dari satu hingga tiga hari.
Sementara aktiviti tubuh si bayi berada pada puncaknya, saat dia berupaya untuk beradaptasi dengan lingkungan barunya, yakni keluar ke dunia ini. Sehingga sisa bahan makanan dalam tubuhnya akan demikian cepat habis.Bersamaan itu, peratus gula dalam darah juga ikut menurun.
Sehingga masa-masa sukar membekal makanan untuk bayi berkisar antara selepas waktu bersalin sehingga awal penyusuan. Kita boleh melihat, betapa Nabi amat memuliakan anak kecil di tangannya, dengan memberikan tahnik kurma kering kepadanya (buah yang sarat dengan zat gula) yang dapat dihisap secara cepat oleh pembuluh darah, sehingga dapat menjaga kadar gula dalam darah, atau meningkatkan kadar itu menjadi normal. Susu ibu sendiri mengandungi jumlah kadar gula yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang terdapat dalam susu makhluk-makhluk Allah, selain manusia.
Kadar gula dalam susu ibu sekitar 2.7%. Dengan demikian terbuktilah kepentingan zat gula bagi bayi yang baru yang lahir, antara waktu kelahiran sehingga waktu dia disusui oleh ibunya.
Daripada budaya mentahnik ini, muncullah kebiasaan dalam masyarakat untuk memberikan air gula kepada bayi yang baru lahir, sampai susu di payudara ibunya siap diminum.