Mengenali Antara Sihir, Karamah dan Mukjizat – IKHTIAR SYIFA

Al-Maziri berkata, “Perbezaan antara sihir, mukjizat, dan karamah ialah bahawa sihir itu terjadi dengan bantuan sejumlah bacaan dan perbuatan sehingga terwujudlah apa yang diinginkan oleh tukang sihir. Adapun karamah tidak memerlukan hal tersebut, bahkan biasanya terjadi semata-mata kerana taufik dari Allah (tidak diprogram oleh orang yang mendapatkannya). Beza mukjizat dari karamah hanya dari segi disertainya tentangan dalam mukjizat.” Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Imamul Haramain memetik adanya ijmak bahawa sihir tidak akan muncul kecuali dari orang yang fasik, sedangkan karamah tidak akan muncul pada orang yang fasik.

Al-Hafiz juga berkata, “Mesti diperhatikan keadaan orang yang mengalami hal luar biasa tersebut. Jika dia berpegang teguh kepada syariat dan menjauhi berbagai kemaksiatan, hal luar biasa yang dialaminya adalah karamah. Jika tidak (berpegang kepada ajaran Islam), maka ia adalah sihir kerana sihir itu muncul dari salah satu jenisnya seperti membantu syaitan.”

Peringatan

Mungkin ada orang yang bukan tukang sihir dan tidak mengetahui sihir sama sekali, kemudian dia juga tidak berpegang teguh kepada syariat, bahkan mungkin melakukan berbagai kemaksiatan atau termasuk ahli bidaah dan penyembah kubur, tetapi muncul “hal luar biasa” pada dirinya.

Ini merupakan bantuan syaitan agar tariqat bidaahnya tampak bagus di mata orang dan diikutinya. Hal seperti ini banyak terjadi khususnya jika orang tersebut adalah pemimpin salah satu tariqah sufi yang penuh dengan bidaah.

Kehidupan Jin