Meremehkan solat berjemaah akan membuat syaitan semakin berani menggoda manusia. Abu Darda RA berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah pada suatu perkampungan atau pedalaman yang di dalamnya terdapat tiga orang (muslim), tetapi mereka tidak melaksanakan solat (berjemaah), melainkan syaitan akan menguasai mereka. Hendaknya selalu melaksanakan solat berjemaah, kerana serigala hanya akan menerkam kambing yang sendirian.”
Allah SWT berfirman,
“Syaitan telah menguasai mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi.”(Surah Al-Mujadilah: 19)
Komitmen terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah
Dr. Sulaiman Al-Asyqar berkata, “Jalan paling ampuh membentengi diri daripada godaan syaitan adalah dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, baik secara keilmuan mahupun aplikasinya. Sebab Al-Quran dan Al-Sunnah datang membawa jalan yang lurus. Sementara, syaitan sentiasa berupaya kersa mengeluarkan kita dari jalan ini. Allah SWT berfirman:
“Dan bahawa (yang Aku perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-An’am: 153)
“Dan bahawa (yang Aku perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”(Surah Al-An’am: 153)
Dalam menjelaskan dan menerangkan ayat ini, Rasulullah SAW membuat garisan dengan tangannya. Lalu baginda bersabda, “Ini jalan Allah yang lurus.” Kemudian baginda membuat garisan pada bahagian kanan an kirinya dan bersabda, “Jalan-jalan ini selalu dipenuhi syaitan sambil menyeru orang untuk menempuhnya. Kemudian baginda membacakan firman Allah SWT:
“Dan bahawa (yang Aku perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, makaikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-An’am: 153)
Mengikuti sesuatu yang datang daripada Allah SWT baik berupa akidah, amal perbuatan, perkataan, ibadah, syariat mahupun meninggalkan semua larangan akan menjadikan seseorang sentiasa terlindung daripada godaan syaitan. Disebabkan itu Allah SWT berfirman:
“Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”(Surah Al-Baqarah: 208)
Ada yang mengatakan bahawa as-silm bermaksud Islam. Ada pula yang berpendapat bahawa, maksudnya ialah ketaatan kepada Allah SWT. Muqatil menafsirkan, ‘Maksudnya ialah melakukan semua amal soleh dan kebajikan’. Berdasarkan hal itu, bereti Allah SWT telah memerintahkan mereka untuk mengamalkan semua cabang keimanan dan syariat Islam semampunya dan melarang mengikuti langkah-langkah syaitan.
Orang yang masuk ke dalam agama Islam secara menyeluruh, akan terhindar daripada syaitan dan segala langkah serta tipu dayanya. Orang yang meninggalkan daripada agama Islam, bermakna dia telah mengikuti langkah-langkah syaitan. Oleh itu, menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT dan mengharamkan apa yang dihalalkan-Nya, atau memakan yang haram atau buruk termasuk dalam kategori mengikuti langkah-langkah syaitan yang terlarang bagi kita. Allah SWT berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah: 168)
Ibnul Jauzi meriwayatkan dengan sanadnya kepada A’masy, dia berkata, “Seseorang yang bercakap kepada jin bercerita kepada kami, bahawa mereka (bangsa jin) berkata, ‘Orang yang paling sukar untuk kami ganggu ialah orang yang mengikuti Sunnah. Sementara kami akan mempermainkan orang-orang yang menurutkan hawa nafsu mereka.”