Membaca Al-Quran – Cara Syaitan Masuk Dalam Diri Seorang Hamba (Bhgn 4)

SYAITAN MASUK KE DALAM DIRI SEORANG HAMBA DENGAN CARA MEROSAKKAN IBADAH MEREKA

Kerosakan ibadah ini dilakukan dengan cara mentalbis keyakinan, urusan dan penunaian ibadah mereka, antara lain:

d) Membaca Al-Quran

Maksudnya ialah, ketika seseorang hendak membaca Al-Quran tetapi tanpa melakukan tadabbur dan tanpa keyakinan. Syaitan akan merosakkan bacaan Al-Qurannya dan menjadikan dia membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maknanya, tidak juga merasai kelazatan makna yang terkandung di dalamnya. Padahal kandungan Al-Quran merupakan nutrisi bagi rohani orang yang mahu mentadabburi dan memikirkan apa yang dibaca ataupun yang dia dengar dari orang lain. Sebab, dengan mentadabburi dan memikirkan kandungan Al-Quran dia akan mengalahkan syaitan dan mendapat manfaat darinya.

Di samping itu, sebaiknya seseorang yang hendak membaca Al-Quran membaca dengan sendirian. Bila dia membacanya di depan khalayak, maka dia harus berusaha menanggalkan riak dari hatinya, atau menepis keinginan untuk dipuji orang lain kerana lantunan bacaannya. Syaitan selama-lamanya tidak akan membiarkan manusia beramal soleh, sehingga dia selalu menyertai manusia agar melakukan kesalahan. Syaitan selanjutnya ikut bersekutu dalam amalnya dan mengukuhkan berbagai kesalahan yang membuat manusia menjadi tergelincir dari keadaan kuat menuju keadaan lemah.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Kehidupan Jin