Manusia Lebih Mulia daripada Jin

Abu Bakar Al-Jazairi berkata, “Sesungguhnya jin walaupun yang  paling wara” sekalipun mereka tetap juga diatasi oleh manusia dari segi kemuliaannya, kerana Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia merupakan makhluk yang paling mulia sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya:

Kami telah muliakan manusia itu dengan memberi kenderaan di darat dan di laut, dan dengan memberikan rezeki yang baik dan kami telah lebihkan dia daripada makhluk-makhluk yang lain.

               Kemuliaan yang seumpama ini tidak diperolehi oleh bangsa Jin, dari mana-mana pun baik dari Al-Quran maupun kitab-kitab yang terdahulu atau pun daripada lidahnya Rasulullah SAW. Begitu juga jin merasa rendah diri (inferiority complex), di hadapan manusia oleh itu apabila makhluk manusia memohon perlindungan kepadanya mereka terasa hebat dan sombong, mereka sebenarnya makhluk yang terhina.

Kehidupan Jin