Makna Talbis dan Ghurur

Dalam kitab Talbis Iblis, Ibnul Jauzi menyebutkan:

Talbis adalah menampakkan kebatilan dalam bentuk kebenaran, sedangkan Ghurur ialah salah sejenis kebodohan yang menyebabkan manusia meyakini sesuatu yang rosak sebagai sesuatu yang benar, dan perkara yang buruk sebagai perkara yang baik, sedang sebabnya adalah adanya syubhat yang mengakibatkan perkara tersebut.

Iblis merasuk manusia sesuai kesempatan yang tersedia bagi dirinya. Kesempatan itu boleh bertambah tetapi boleh pula berkurang, sesuai kadar kesedaran atau kealpaan manusia, juga kadar kebodohan atau kecerdasannya.

Ketahuilah bahawa hati itu bagaikan benteng. Di atas benteng itu ada pagar temboknya, dan pagar itu memiliki sejumlah pintu. Ada pula bahagian benteng yang berlubang dan merekah. Penghuni benteng itu adalah akal. Para malaikat mundar-mandir mengelilingi benteng mereka ketika penjaganya (manusia muslim) berzikir kepada Allah SWT dan menunaikan kewajipan.

Di dalam hati juga ada tempat yang dihuni hawa nafsu. Syaitan-syaitan masuk ke tempat hawa nafsu melalui kawasan-kawasan yang tidak dilindungi. Perang tercetus antara penghuni benteng (akal) dan hawa nafsu. Syaitan terus-menerus berkeliling di sekitar benteng, menunggu lengahnya penjaga, lalu dia menerobos melalui lubang rekahan yang disebabkan oleh kelengahan penjaganya.

Oleh kerana itu, seorang penjaga sudah seharusnya mengetahui keadaan seluruh pintu benteng yang harus dia jaga serta mengawasi seluruh lubang yang ada. Penjaga tidak boleh lengaj dalam melaksanakan tugas penjagaannya wahau hanya sesaat sekalipun, kerana si musuh (syaitan) tidak pernah henti dan bosan dalam usaha untuk menyerangnya dan berusaha untuk menyusup ke dalam benteng tersebut (hatinya).

Seorang lelaki bertanya kepada Hasan Al-Basri: “Apakah Iblis tidur?” Hasan menjawab: “Andaikata dia tidur nescaya kita akan dapat berehat dengan longgar.”

Seorang ulama salaf berkata: “Aku pernah melihat syaitan, dia berkata kepadaku, ‘Aku bertemu dengan manusia lalu aka mengajar mereka. Sesudah itu aku bertemu dengan mereka lagi dan aku belajar dari mereka.”

Kadang-kadang syaitan menyerang orang yang cerdas nan pandai dengan cara membawa ‘mempelai pengantin’ hawa nafsu. Pengantin itu mampu memperdaya orang yang pandai sehingga dia sebuk melihat kepadanya (hawa nafsu), lantas dia pun ditawan oleh hatinya. Cara yang paling kuat untuk mengikat tawanan adalah kebodohan, sedang yang kekuatannya adalah hawa nafsu, sedang yang paling lemah kekuatannya adalah kelalaian. Ketika baju besi iman masih dikenakan oleh seorang mukmin, maka panah musuh (syaitan) tidak akan membunuhnya.

A’masy berkata: “Seseorang yang pernah berbicara dengan jin menceritakan kepada kami, bahawa jin-jin berkata, ‘Bagi kami, tiada yang lebih berat daripada orang yang mahu mengikut sunnah, adapun manusia yang menurut hawa nafsu, maka kami mempermainkan mereka dengan sekehendak kami. Kerana orang yang mengikut sunnah itu bebas dari hawa nafsu dan kerosakan diri, dan dia adalah orang yang kuat dengan imannya, apalagi Allah SWT menjaganya dengan kekuasaan-Nya, tanpa batas.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Kehidupan Jin