Semua jin itu makan dan minum, tetapi mereka terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
Pertama: Kumpulan yang makan hanya dengan cara menghidup bau dan mencium, tidak mengunyah dan menelan.
Kedua: Kumpulan yang makan dan minum dengan cara mengunyah dan menelan. Terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa jin itu makan dan minum.
Hadis Abdullah bin Mas’ud, dari Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda kepada para jin:
“Untuk kamu semua tulang yang disebut nama Allah SWT di atasnya yang jatuh pada tangan kamu itu lebih sempurna menjadi daging, semua kotoran haiwan adalah makanan bagi tunggangan kamu.” (HR. Muslim)
Hadis Abdullah bin Umar bin Khattab RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka dia hendaklah makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum dia hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Hadis Hudzaifah Ibnul Yaman RA, dia berkata: “Apabila kami bersama Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis, dan dihidangkan makanan di dalamnya, maka kami tidak mula meletakkan tangan kami pada hidangan tersebut sehingga Rasulullah SAW mula meletakkan tangan baginda. Suatu kali kami hadir bersama baginda di majlis yang dihidangkan makanan padanya. Seorang anak perempuan datang seolah-olah dia didorong. Rasulullah SAW memegang tangan orang itu juga. Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya syaitan itu akan mendapat makanan yang tidak disebut nama Allah SWT di atasnya, dan dia datang bersama anak perempuan ini bersama orang Arab dusun ini untuk mendapatkannya, maka aku pegang tangannya. Demi Zat Yang jiwaku ada di tangannya, sesungguhnya tangannya ada di tanganmu bersama tangan anak perempuan ini.'” (HR. Muslim)
Jika demikian bererti syaitan itu makan dan minum! Oleh kerana itu, ketika makan kita harus memulakannya dengan membaca ‘Bismillah.’ Apabila seseorang makan dan dia lupa belum membaca ‘bismilla’ pada awalnyam maka hendaklah ketika ingat dia mengucapkan, “Bismillahi awwalahu wa akhirahu.” Jangan pula seseorang itu tidur sedangkan di tangannya atau pada mulutnya ada bau makanan, sehingga syaitan boleh merasainya dan mencium ketika dia tertidur.
Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih