KENAL PASTI SAKA PADA DIRI
1 – Gangguan fizikal
2 – Gangguan Mental
3 – Kekeluargaan
4 – Zuriat
5 – Rezeki
6 – Keharmonian hidup
1) Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:
a) Adanya kesan lebam, bengkak, kudis dan keracunan darah.
b) Tidak nampak – mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar, gangguan haid yang tidak normal seperti tidak datang bulan berbulan malah bertahun lamanya.
Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan penyakit apa dan makan ubat-ubatan yang diberikan juga tiada apa berlaku.
2) Gangguan Mental
a) Panas baran yang melampau dan cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi – sehingga boleh bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus.
Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental atau gila.
3) Gangguan Kekeluargaan
Keluarga pecah belah, tidak bersependapat dan bermusuhan antara satu sama lain. Hubungan suami isteri sentiasa panas dan tiada rasa sayang lagi. Jika hubungan ibu atau ayah dengan anak, saling mencari kesalahan.
4) Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh – Bagi lelaki atau perempuan yang belum berumah-tangga, sukar mendapat jodoh. Jika pihak lelaki suka, pihak perempuan pula tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin, akan lambat dapat anak atau tidak dapat anak. Dan jika dapat anak, berkemungkinan akan dapat anak yang cacat sama ada cacat fizikal atau mental.
Gangguan sukar hamil paling banyak terjadi, sebabnya saka ini akan memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.
5) Gangguan Rezeki
Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja.
6) Gangguan keharmonian hidup
Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan atau jiran tidak mesra dan sebaliknya. Suka menyendiri dan tak pandai bergaul. Sentiasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap orang lain.