Dr.Sulaiman Al-Asyqar mengatakan, “Di antara tipu daya dan rayuan syaitan pada manusia ialah gangguan yang dilancarkan kepada Nabi Adam AS. Dia sentiasa menggoda dan menunjuknya sehingga berhasil melalaikan Adam AS dari perintah Tuhan-Nya.” Allah SWT berfirman:
“Dan sesungguhnya telah Kami berpesan kepada Adam dahulu, maka dia lupa (perintah itu) dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.” (Surah Taaha:115)
Sahabat Nabi Musa AS pernah berkata kepadanya:
“Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” (Surah Al-Kahfi:63)
Allah dan rasul-Nya melarang dirinya atau salah seorang daripada sahabat baginda duduk di majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah SWT tetapi syaitan sentiasa berusaha keras untuk melalaikan manusia dari tujuan dan perintah Tuhannya. Hal ini menyebabkan dia pun terseret dan duduk bersama orang-orang yang zalim dan durjana. Allah SWT berfirman:
“Dan apabila engkau melihat orang memperkatakan ayat-ayat Kami dengan mengejek-ejek, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perkara yang lain. Dan jika syaitan menjadikan engkau lupa (akan larangan ini?, maka janganlah engkau duduk bersama orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)”. (Surah Al-An’am: 68)
Nabi Yusuf AS juga meminta kepada rakan-rakan satu penjaranya yang dia fikir akan selamat dari pelaksanaan dan kembali menjadi pelayan raja untuk meyebutkan namanya di hadapan raja. Namun begitu syaitan berjaya melalaikan orang tersebut untuk menyebut nama nabi Yusuf di hadapan raja sehingga nabi Yusuf AS berada dalam penjara selama beberapa tahun Allah SWT berfirman:
“Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.” (Surah Yusuf:42)
Apabila syaitan berjaya menguasai seseorang secara menyeluruh, dia akan melalaikannya dari Allah SWT keseluruhannya. Allah SWT berfirman:
“Syaitan telah menguasai mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi.” (Surah Al-Mujadilah:19)
Maksud golongan yang rugi ialah orang-orang munafik, sebagaimana dijelaskan dalam ayat sebelumnya (Al-An’am:68) terhadap ayat ini.
Cara melepaskan dari pengaruh dan godaan syaitan pula ialah banyak berdoa kepada Allah. Hal ini adalah kerana dengan berdoa akan dapat megusir. Allah SWT berfirman:
“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu.” Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi”. Kecuali (sebutlah): “InsyaAllah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jikalau terlupa dan katakanlah: “Semoga Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kebenaranNya dari ini”.
(Surah Al-Kahfi:23-24)