Jin Ditundukkan oleh Para Nabi

Jin diperintah oleh Nabi Allah Sulaiman AS.

Allah SWT telah memberi kemudahan kepada Nabi Sulaiman as untuk menggunakan jin, sebagai yang disebut dalam Al-Quran mengenai doa Nabi Sulaiman as:

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Baginda boleh menggunakan dan mengarah apa sahaja yang dikehendakinya dan sesiapa sahaja di kalangan jin yang cuba menderhaka akan diazab sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya:

Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.

Firman-Nya lagi:

Maksudnya:

Dan ada yang dibelenggu dengan rantai.

Kehidupan Jin