Jin Boleh Menyamar

Jin merupakan makhluk yang boleh merupakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk sama ada berbentuk manusia, binatang, ular, kala jengking, lembu, unta, kambing, kuda, baghal, keldai dan burung-burung dan sebagaimana syaitan yang datang ke Majlis Quraisy menyerupai Suraqah bin Malik bin Ja’syam apabila mereka hendak keluar ke peperangan Badar sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya:

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan. “Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kamu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.’ Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata : “Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya takut kepada Allah. “Dan Allah sangat keras siksa-Nya.

Ibu Hisyam menjelaskan dalam sirahnya bahawa jin/syaitan menyamar sebagai seorang Syeikh yang datang dari Najd apabila orang Quraisy bermesyuarat di Dar-An Nadwah mengenai keputusan yang sepatutnya hendak dibuat terhadap Rasulullah SAW sama ada dibunuh, dipenjarakan atau dihalau keluar. Sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.

Al-Qadhi Abi Ya’la, mengatakan bahawa syaitan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah bentuk kejadian mereka melainkan dengan ilmu yang diajarkan kepada mereka oleh Allah SWT maka ia boleh mengubah diri mereka dari suatu bentuk ke bentuk yang lain. Sebagaimana baginda Rasulullah SAW ditanya mengenai Al-Ghailan. Sabda Baginda:

“Mereka itu adalah tukang sihir golongan jin.”

Kesimpulannya golongan jin dan syaitan ini boleh membentuk diri mereka dalam pelbagai bentuk melalui ilmu sihir yang ada pada mereka.

Saad bin Abi Waqqas r.a. mengatakan, “Kami diperintah supaya menyeru untuk mendirikan sembahyang apabila terlihat Al-Ghaul/Al-Ghilan iaitu golongan ahli sihir bangsa jin.

Kehidupan Jin