Jin Berkahwin dan Beranak Pinak

Umumnya Ulamak bersepakat mengatakan bahawa jin berkahwin dan beranak pinak sebagaimana firman Allah SWT :

Maksudnya:

Patutkah kamu mengambil dia dan kaum keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku, sedang mereka adalah musuhmu?

Ayat ini menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan beranak pinak. Al-Qadhi A.Jabbar menjelaskan bahawa maksud ZURRIYAH itu ialah anak-anak dan keluarga. Kehalusan ciptaan atau kejadian mereka tidaklah menegah mereka untuk beranak pinak sedangkan banyak binatang yang halus lagi seni boleh beranak pinak.

Az-Zamakhsyari di dalam kitabnya Al-Kasysyaf menghuraikan, Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya:

Sesungguhnya jin beranak pinak, sesbagaimana anak Adam dan mereka mempunyai ramai bilangan. (Riwayat Ibn-Abi Hatim Drp Qatadah)

Kehidupan Jin