Jin adalah makhluk yang memang wujud

Dalam masyarakat umum baik dahulu mahupun sekarang ada berbagai-bagai pandangan mengenai jin ini, ada yang berpendapat bahawa makhluk ini terus-menerus wujud dan ada juga yang menafikan kewujudannya. Walaubagaimnapun, sebagai umat Islam kita perlu kepada bukti kewujudannya melalui firman Allah SWT di dalam Al-Quran supaya tidak timbul lagi sebarang syak wasangka terhadap isu ini.

Sebarang keraguan mengenai kewujudan jin ini telah dapat dinafikan melalui fiman Allah SWT, hadis Rasulullah SAW dan dengan penyaksian melalui mata. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran dalam Surah Az-Zariyat ayat 56:

Maksudnya:

Dan tidaklah aku diciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah akan daku.

Di dalam Surah Al-Jin ayat 1,

Maksudnya:

“Katakanlah (hai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al-Quran), lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Quran yang  menakjubkan”.

Di dalam surah yang sama ayat 6;

Maksudnya:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laik-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra’ayat 88;

Maksudnya:

Katakanlah : “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.

Firman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 128 ;

Maksudnya:

Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): “Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia “, lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah mendapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami.” Allah berfirman: “Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah mengkehendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

“Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).”

Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu, sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya (dan) dapat dipercayai.”

Firman Allah di dalam Surah Saba’ ayat 12;

Maksudnya:

“Dan sebahagian jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”

Firman Allah di dalam Surah Saba’ ayat 14;

Maksudnya:

Maka tatkala ia telah tersungkur, sedarlah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.

Sabda Rasulullah SAW

Daripada Abi Said Al-Khudri r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya. Aku lihat engkau ini sukakan kambing dan alam perkampungan, oleh itu apabila engkau berada bewrsama kambingmu dan di perkampungan laungkanlah azan dan angkat suaramu, kerana sejauh mana suaramu dilaungkan sehingga didengar oleh jin dan manusia, maka ia akan menjadi saksi di hari qiamat nanti.

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis baginda Rasulullah SAW di atas tidaklah dapat kita menafikan kewujudan makhluk jin ini, walaupun masih ada golongan yang mengingkari kewujudannya.

Baginda Rasulullah SAW pernah berdoa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari sabdanya,

“Aku berlindung kepadsa kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia tetap akan mati.”

 Prof Wahid Abdusalam Bali mengatakan bahawa tidak nampaknya jin oleh mata kasar bukanlah menjadi bukti jin itu tidak ada. Banyak perkara yang tidak dapat dilihat sedangkan benda itu ada, seperti roh, angin, arus elektrik dan sebagainya.

Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa jin tetap wujud sama ada kita bersetuju ataupun tidak

Asy-Syeikh Abul-Abbas Ibn Taimiyah berkata: ” Tidak seorang pun dari golongan orang Islam  yang mengingkari tentang kewujudan jin ini begitu juga golongan orang kafir. Manakala ahli kitab baik Yahudi mahupun Nasrani mengakui kewujudannya sebagaimana orang Islam juga walaupun ada segelintir di kalangan mereka yang mengikarinya.”

Kehidupan Jin