Kota Madinah sudah terkenal sebagai penghasil kurma sejak zaman dahulu. Majoriti penduduknya juga sudah terbiasa menanamnya , kerana pohon kurma merupakan berkat tersendiri bagi mereka.
Oleh kerana itu, kurma adalah tuaian pokok bagi para penduduk kota tersebut, sehingga kurma menjadi makanan sehari-hari bagi mereka, sebagai mata wang yang mereka pergunakan untuk berinteraksi antara satu dengan yang lainnya, sebagai upah yang mereka pergunakan untuk membayar pekerjanya, juga sebagai cara agar mereka terhindar dari lilitan semua hutang.
Perhatian yang tinggi terhadap budi daya pohon kurma melahirkan banyak jenis kurma di kota Madinah, dan dengan kualiti yang berbeza-beza pula. Sampai ada yang berpendapat, bahawa di kota Madinah sendiri terdapat lebih dari dua ratus jenis kurma. Di antara jenis utama kurma-kurma Madinah adalah sebagai berikut:
Al-‘anbaroh. Kurma ini berkualiti sebagai kurma nombor satu, dijual dengan harga termahal.
As-Syibli. Kurma ini termasuk jenis kurma unggulan, namun kualiti dan harganya masih di bawah Al-Anbaroh.
Al-Hulwah. Kurma ini termasuk jenis kurma jenis unggulan yang banyak ditanam di kota Madinah.
Al-Ajwah.Juga termasuk jenis kurma yang banyak tersebar di Madinah dan ditanam di kota tersebut dari semenjak dahulu kala.
Ash-Shoihani. Ini termasuk jenis kurma hitam dan liar. Disebut Shohaini, kerana asalnya itu adalah Hama dombayang konon dahulu pernah diikat di sebuah pohon kurma di kota Madinah, sehingga menumbuhkan kurma yang akhirnya disebut Shohaini. Al-Azhari menyatakan bahawa Shohaini termasuk jenis kurma Ajwah.
Al-Barni. Jenis kurma berwarna kuning dan bulat, termasuk kualiti nombor satu. Bila satu biji, disebut Barniyyah. Asalnya dari bahasa Persia Burr ertinya kehamilan.
Di antara riwayat yang menyebutkan tentang keutamaan kurma Barni ini iaitu sabda Nabi SAW :
“Kurma terbaik kalian adalah Al-Barni, dapat mengusir penyakit dan tidak mengandungi penyakit.” (Hakim dan Baihaqi dalam Syu’abu al-Iman. Al-Albani menjelaskan, “Hadis ini hasan”)
Al-Munawi menjelaskan, ‘itu termasuk jenis kurma terbaik, meskipun semua jenis kurma baik.”
Setelah pendahuluan ini, penulis akan memaparkan bab pertama, tentang keutamaan dan khasiat kurma.
“Kurma termasuk makanan, ubat sekaligus buah kurma amat sesuai dengan kebanyakan tubuh manusia, dapat memperkuat panas tubuh secara alami, tidak menimbulkan kotoran toksik yang biasa dihasilkan berbagai jenis makanan dan buah-buahan lainnya”