Jenis-Jenis Kurma

Jenis kurma amat banyak sekali, mencapai dua ribuan. Di jazirah Arab sendiri sekarang ini ada kira-kira sekitar empat ratus jenis kurma. Sementara di Irak terdapat sekitar enam ratus jenis. Munculnya perbezaan jenis kurma itu boleh dikembalikan kepada banyak faktor. Boleh kepada ciri khas dari setiap kurma tersebut, boleh juga kepada negeri tempat asal kurma tersebut. Boleh juga diberi nama mengikuti nama penemunya, atau berdasarkan karakter-karakter lain.

Contoh dari jenis-jenis kurma yang diberi nama sesuai dengan ciri khas masing-masing kurma tersebut iaitu Al-Khodhrowi (kurma sayur), Al-Anbari (kurma ikan paus), Al-Muwasysyam (kurma cap) dan yang lainnya.

Di antara jenis kurma yang dikembalikan kepada nama penemunya iaitu kurma Dagol Musa, kurma Daqol Abbas kurma syaqro Mubarok, kurma Syaqro’ Al-Qoshim dan yang lainnya.

Nama kurma yang dikembalikan kepada negeri asalnya iaitu Hasawi, Hijah-, Najdi, Baghdadi, Bashrowi dan lain-lain.

Beberapa wilayah di kerajaan Saudi Arabia dikenali sebagai penghasil kurma, seperti Madinah An-Nabawiyyah, Ihsa’ dan Qoshim. Seiring dengan banyaknya jenis kurma, banyak pula sebutan dari kurma-kurma tersebut. Hanya saja, setiap wilayah memiliki jenis kurma tertentu yang terkenal. Di antara jenis kurma yang popular dari kurma-kurma itu di seluruh kerajaan Saudi adalah sebagai berikut: As-Sukkari dari wilayah Qoshim Akhlash, Al-Arzizi dan Al-Khunaizi dari Ihsa’, Asy-Syibli, Ash-Shofari, Al-Hulwah dari wilayah Madinah An-Nabawiyyah, Al-Khunaizi dan Ghurroh Arziz dari Qothif.”

Demikianlah banyak jenis kurma di jazirah Arab dan banyak pula perbezaannya, maka sepatutnya kita mengenai jenis-jenis kurma di kota Madinah, sehingga penulis membuat satu bab khusus yang menjelaskan hukum-hukum dari masing-masing jenis kurma kota tersebut, yakni jenis-jenis kurma Ajwah, kerana sudah terbukti secara absah bahawa jenis kurma itu mengandungi ubat untuk mengatasi racun dan sihir.

Ikuti Perkongsian Seterusnya MINGGU HADAPAN !!!

Makanan Kesihatan