Pernah kita mendengar kisah ada perempuan yang didatangi oleh Jin dan disetubuhinya. Setelah perempuan itu menyedari dan merasakan sesuatu, apakah ini mewajibkan perempuan mandi wajib ataupun tidak?
Ada dua (2) pandangan ulamak tentang perkara ini :
1. Tidak wajib mandi menurut sesetengah pendapat mazhab Hanafi. Abul Ma’ali berkata, sekiranya seorang wanita berkata, “Saya disetubuhi oleh Jin seperti seorang lelaki” tidak wajib mandi kerana tidak ada sebab yang membawa kepada wajibnya mandi itu iaitu “masuknya zakar”. Maka ini hanya seperti bermimpi tanpa adanya keluar mani.
2. Menurut pandangan pengarang kitab Gharaibul Jin Wa-Ajaibuhu (oleh Al-Allamah Al-Muhaddith Badrudin bin Abdullah Asy-Syibli) katanya, kalaulah dikatakan sebab yang mewajibkan mandi tidak wujud, maka tidaklah wajib mandi. Namun begitu, apabila ia merasakan secara jelas disetubuhi bermakna adalah sebab untuknya mewajibkan mandi. Oleh itu, wajib mandi di kala diyakini ia disetubuhi.
Untuk mengambil dua (2) pendapat yang berbeza ini, kita hendaklah mandi apabila memang terasa disetubuhi atu ada sesuatu yang masuk ke dalam faraj manusia berdasarkan hadis Nabi SAW yang maksudnya apabila bertemu dua (2) khitan, maka wajiblah mandi. Pokok persoalannya pula ialah setakat manakah zakar jin ini memasuki ke dalam farajnya.
Tetapi apabila mani perempuan ini keluar maka tidak syak lagi wajib mandi kerana apabila keluar mani dengan apa cara sekalipun, menurut Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila keluar mani wajiblah seseorang itu mandi.”