Gangguan Syaitan Dalam Solat

Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab sahihnya, “Daripada Abul’lla’, bahawa Usman bin Abul Ash RA berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, ‘Sesungguhnya syaitan telah berhasil menghalang saya daripada bersolat dan bacaan saya, dia membuat saya ragu.’ Maka Rasulullah SAW bersabda:

“Itu ialah (gangguan) syaitan yang bernama Khanzab, apabila kamu merasakannya, intalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya, dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.”

Usman bin Abul’Ash meneruskan, ‘Setelah itu saya pun melakukannya, maka Allah menghilangkan gangguannya pada saya’.”

Perhatian:

Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali menyebutkan hadis ini daripada Amr bin Asha dan Dr. Sayyid Al-Jamili mengikuti pendapatnya. Namun ini ialah suatu kesalahan. Oleh itu berhati-hatilah.

Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan di dalam As-Sahihain sebuah riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kamu melaksanakan solat, syaitan akan menghampirinya dan dia akan membuatnya ragu sehingga dia tidak mengetahui sudah berapa rakaat dia solat. Apabila salah seorang di antara kamu menemukan hal tersebut, hendaknya dia melakukan sujud dua kali ketika dia masih duduk tahiyat (sujud sahwi).”

Ketahuilah, sesungguhnya syaitan menggoda orang yang sedang bersolat hanya melakui dua pintu.

Pintu pertama: Hal-hal yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang nampak, seperti orang solat yang mendengar suara yang kuat sehingga dia lalai dan terleka dari solatnya. Atau seperti prang solat yang pandangannya tertuju kepada sesuatu yang menakjubkannya, seperti perhiasan yang cantik dan pelbagai lagi. Pintu masuk seperti ini dapat ditutup dengan memutuskan (menurunkan) hiasan atau gubahan yang digantung pada ruang solat.

Oleh itu, ketika Rasulullah SAW memakai baju berwarna hitam (merah) dan ada gambar bendera yang diberikan oleh Abu Jahm kepada baginda, lalu baginda solat dengan baju tersebut. Maka setelah solat baginda menanggalkannya dan bersabda:

“Kembalikan baju ini kepada Abu Jahm, kerana dia telah melalaikan aku dari solatku. Dan bawakanlah untukku pohon mangga milik Abu Jahm.”

An-Nasa’i meriwayatkan daripada hadis Abdullah bin Abbas RA, bahawa ketika Rasulullah SAW berada di atas mimbar, sedangkan di tangannya ada cincin, maka baginda melemparkannya seraya bersabda:

“Cincin ini telah melekakan aku, adakalanya aku memandanginya dan adakalanya aku memandang kalian.”

Oleh itu, para ulama memakruhkan lukisan dan hiasan berada di dalam masjid. Sebabnya ialah ia dapat melekakan orang yang sedang melaksanakan solat.

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan sebuah Athar, dan dia mensahihkannya, bahawa Umar bin Khattab RA pernah memerintahkan untuk membina masjid-masjid, dia mensyaratkan, “Yang dapat melindungi orang-orang daripada hujan, dan jangan sekali-kali kamu mewarnainya dengan warna kuning atau merah, kerana akan mengganggu manusia.” Athar ini diberi pandangan oleh Imam Bukhari.

Imam Ahmad berkata, “Tidak boleh menulis sesuatu pada kiblat, kerana itu akan melalaikan orang yang sedang solat.”

Pintu kedua: Sesuatu yang berkaitan dengan hati. Barang siapa yang memenuhi hatinya dengan rasa cinta kepada dunia, maka dia tidak mungkin mampu membebaskan dirinya daripada itu. Baik ketika solat atau waktu-waktu yang lain. Hal ini adalah kerana orang yang mencintai sesuatu, akan selalu memikirkannya. Dia memang melaksanakan solat, dia berdiri, rukuk, sujud dan duduk, namun hatinya dilalaikan dan disebukkan dengan hal-hal dunia. Syaitan terbang bersamanya, dari satu lembah ke lembah lainnya dan dari satu angan ke angan yang lain.

Demi Allah, sesungguhnya pintu masuk yang kedua ini sangat berat. Jarang sekali orang selamat darinya kecuali orang-orang yang dikurniai panduan oleh Allah. Ubatnya hanyalah dengan mengetahui kadar dan kehinaan dunia ini, serta banyak mengucapkan doa:

“Ya Allah, jadikanlah dunia berada hanya di tangan kamu, dan jangan Engkau menjadikannya di dalam hati kami.”

Seharusnya anda mengingati keagungan-Nya ketika berdiri tegak di hadapan-Nya. Dia-lah yang telah membinasakan Firaun dan meluluhkan kebengisan para durjana dan pembangkang.

Kehidupan Jin