Doa Pelaku ‘Ain Ketika Khuatir Ditimpa Mudarat Dari Matanya Sendiri

Bagi seorang muslim, baik yang berpontensi ‘ain mahupun tidak, dia harus mendoakan keberkatan dan menyebut nama Allah atas apa yang dia lihat, sehingga matanya tidak menimbulkan mudarat terhadap apa yang dia lihat dan dia juga dapat menepis kejahatannya, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu, ‘Masya’allah ‘Ia quwwata illa billah’ (sungguh atas kehendak Allah semua itu terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan.” (Al-Kahfi: 39)

Salah satu ucapan doa yang dapat menolak kejahatan ‘ain adalah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW kepada Amir bin Rabi’ah RA, iaitu tatkala pandangan matanya menimbulkan mudarat terhadap Sahl bin Hunaif RA: “Mengapakah kamu tidak mendoakannya (agar memperoleh) keberkatan,” yakni mengapa kamu tidak berdoa: “Allahumma barik’Alaih. (Wahai Allah, limpahkan berkat ke atasnya).”

Ucapan doa lain yang boleh menepis ‘ain ialah: “Apa yang Allah kehendaki (pasti terjadi), tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Hisyam bin Urwah meriwayatkan dari bapanya, bahawasanya apabila dia melihat sesuatu yang menjadikan dia kagum atau terpesona, atau dia masuk ke salah satu kebunnya, maka dia mengucapkan doa: “Masya’allah, la quwwata illa billah. (Apa yang Allah kehendaki (pasti terjadi), tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”

Aisyah RA berkata: “Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda senangi, baginda berdoa: “Segala puji milik Allah yang dengan nikmat-Nya berbagai kebaikan menjadi sempurna.”” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Hurairah, apakah kamu mahu bila aku tunjukkan kepadamu satu kalimah dari bawah Arasy yang termasuk harta simpanan syurga? Hendaklah engkau mengucapkan, ‘La haula wata quwwata illa billah.’ Maka Allah SWT berfirman, ‘Hamba-Ku telah berserah diri dan patuh.'” (HR. Al-Hakim)

Dari Abdulllah bin Hubaib RA, dia berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “(Ucapkanlah) Qul huwallahu ahad (Al-Ikhlas) dan Mu’awwidzatain (Al-Falaq dan An-Nas) ketika kamu memasuki waktu pagi dan petang, sebanyak tiga kali. Ibu mencukupimu dari segala sesuatu.” (HR. Ibnu Majah dan An-Nasa’i)

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

dakwah dan nasihat