Berita yang diviralkan netizen di media sosial kononnya pendakwah terkenal, Dato’ Ismail Kamus meninggal dunia adalah palsu.
Demikian kata Pengarah Urusan Ikhtiar Syifa Sdn Bhd dan juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Ustaz Abdul Hadi Jusoh.
Menurut beliau, perkembangan terkini menunjukkan keadaan Ustaz Ismail Kamus adalah sedikit baik.
“Laporan semasa daripada pihak doktor pagi ini menunjukkan keadaan beliau yang sedikit baik. Justeru, pihak keluarga membuat keputusan untuk beliau mengekalkan rawatan di bawah hospital.”
Ketika ini Ustaz Ismail Kamus sedang dalam pemantuan dan rawatan oleh pihak hospital. Ustaz Ismail Kamus mula dimasukkan ke wad pada pagi 26 Mei di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan demam dan keadaan jantung dalam keadaan yang lemah. Kemudiannya pemeriksaan mendapati punca tidak berkait dengan masalah jantung, dan kemudiannya Ustaz Ismail Kamus terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.
Menurutnya lagi, pemeriksan di HKL mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru, sementara ujian Covid -19 yang dilakukan sebanyak dua kali menunjukkan kesan negatif. Setelah lebih seminggu berada di bawah pemantauan rapi pihak doktor dan pakar di HKL, atas nasihat dan hasil perbincangan keluarga dengan doktor, pihak keluarga membuat keputusan untuk meletakkan jagaan di bawah keluarga bermula pagi ini.
Persiapan rapi telah di uruskan oleh Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia di sekitar rumah Ustaz Ismail Kamus di Ampang bermula malam tadi sebagai bersiap sedia sekiranya berlaku kedatangan tetamu yang ingin menziarahi.
Pada jadual awalnya Ustaz Ismail Kamus akan dibawa ke rumahnya pulang pagi. Namun, laporan semasa daripada pihak doktor pagi ini menunjukkan keadaan Ustaz Ismail Kamus yang sedikit baik. Justeru, pihak keluarga membuat keputusan untuk terus mengekalkan rawatan di HKL.
Teruskan berdoa untuk Ustaz Ismail Kamus, pengasas dan penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, juga pengasas bersama produk Ikhtiar Syifa.