Jodoh pertemuan, ajal maut termasuk dalam qada’ dan qadar Allah SWT. Manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal namun Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Memang berlaku dalam masyarakat melayu, seorang perempuan sukar dalam mendapat pasangan atau jodoh. Ada juga yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi apabila sampai ke tahap ingin berumah tangga, timbul pelbagai halangan. Tapi ada juga individu yang langsung tidak bertemu jodoh buat selama-lamanya.
Suatu ilmu yang tiada memberi kesan sakit seperti sihir yang lain tetapi makan masa dan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya. Antara tanda yang lumrah ialah bercinta tak kemana… yang sorang nak yang sorang tak nak. Bila meminang atau dipinang selalu putus ditengah jalan. Asyik bergaduh dalam pertunangan.
Kejadian ini diistilah sebagai ilmu pelalau. Berkenaan dengan pelalau, ia mungkin wujud dalam bentuk sihir. Ada juga yang disebut sebagai sihir pengasih tetapi sihir pembenci yang lebih hampir dengan pelalau.
Jika sihir pembenci ini berlaku ia akan menyebabkan orang yang terkena sihir tersebut akan membenci seseorang tanpa sebab. Ini yang dinamakan pelalau.
Rawatan jika terkena sihir pelalau:
- Hendaklah dirawat di pusat rawatan Islam.
- Mendengar dan membaca ayat Al-Quran.
- Menggunakan Mandian dan Minyak Bidara Ikhtiar Syifa.