Apakah Jin Mati?

1. Sebuah atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dan Ibnu Jarir dari Qatadah, dia berkata: “Al-Hasan berkata, ‘Jin tidak akan mati.’ Aku (Qatadah) menyanggahnya, Allah SWT berfirman: “Mereka itulah orang-orang yang telah pasti ketetapan (azab) ke atas mereka bersama umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia.” (Al-Ahqaf: 18)

2. As-Suyuthi berkata: “Makna perkataan Al-Hasan bahawa jin itu tidak akan mati adalah mereka diberi penundaan waktu bersama Iblis. Apabila Iblis mati, maka mereka mati bersamanya.”

3. As-Suyuthi juga berkata: “Tiada dalil yang menunjukkan bahawa semua jin diberi penundaan waktu, ini berdasarkan atsar yang menyatakan kematian mereka.”

4. As-Suyuthi juga berkata: “Juwaibir mengeluarkan riwayat dalam kitab tafsirnya dari Adh-Dhahhak, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, ‘Satu malaikat maut diserahkan tugas mencabut roh semua manusia dan malaikat, satu malaikat lagi untuk kalangan jin, satu malaikat untuk kalangan syaitan, dan satu malaikat untuk kalangan burung, binatang liarm binatang buas, ikan dan binatang laut. Jadi mereka berjumlah empat malaikat. Allah SWT yang Lebih Mengetahui.”

5. Ibnu Abid Dunya dan Abusy Syaikh meriwayatkan dalam kitab Al-Azhamah dari jalan Qatadah dari Abdullah bin Harits RA, dia berkata: “Jin itu mati, sedangkan syaitan ‘anak yang muda dari dua yang muda.’ Syaitan itu tidak mati (umurnya sangat panjang). Qatadah juga berkata, ‘Bapa syaitan selalu berperawakan muda, ibunya juga muda,sehingga syaitan itu adalah anak muda dari dua syaitan yang selalu muda.”

6. Abusy Syaukh mengeluarkan riwayat dalam kitab Al-Azhamah, bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Ibnu Abbas RA: “Apakah jin mati?” Ibnu Abbas RA menjawab: “Ya, selain Iblis.” Orang itu bertanya lagi: “Lalu bagaimana dengan ular yang dipercayai sebagai jin?” Ibnu Abbas RA menjawab: “Itu adalah jin-jin yang masih muda.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Kehidupan Jin