Adakah Kita Boleh Melihat Jin?

Kita boleh melihat jin kalau ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana Firman Allah SWT :

Maksudnya:

Syaitan dan bangsanya boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka.

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan, “Kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”

Al-Imam Asy Syafie r.a. mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar-Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi r.a. di dalam kitab Manaqib Asy-Syafie, “Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali Ia sebagai Nabi.”

Walaubagaimanapun dapat kita buat suatu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.

Nabi kita Muhammad SAW menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintasi baginda sewaktu baginda sedang bersembahyang, sebagaimana sabdanya:

Ifrit melintasi di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah SAW membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh  melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan/doa saudaraku Sulaiman, “Ya tuhanku, kurniakanlah kepadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”

Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :

  1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah SWT yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT  untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman a.s. boleh menguasai jin.
  2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka. (api)
  3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah SAW adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat Malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.

Manusia-manusia lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan.

Walau bagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan,”

Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah suatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awan gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.

Kehidupan Jin