Adab Makan Dalam Konteks Kesihatan

MEMBACA BASMALAH: MEMULAKAN DENGAN MEMBACA BASMALAH DAN MENUTUP DENGAN DOA

Sebelum makan, Nabi SAW memulakannya dengan membaca basmalah dan permohonan doa: “Ya Allah berkatilah bagi kami dari apa yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Selamatkan kami dari seksa api neraka.” Lihatlah betapa Nabi SAW mengajar kepada kita tidak ada dikotomi dunia dan akhirat. Dalam doa sebelum makan pun, disertakan dengan permohonan keselamatan hidup setelah mati yang berdimensi transendetal dan menutup makanan juga dengan doa ungkapan rasa syukur. “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan dan minuman kepada kami dan telah menjadikan kami sebagai muslim.” (HR. Abu Daud)

DUDUK TEGAK

“Aku tidak makan dengan keadaan bersandar.” (HR. Bukhari)

Nabi SAW mengambil kedudukan agak tegak tanpa bersandar, keadaan duduk tegak tidak membongkok tidak menyebabkan perut berlipat dan diafragram lebih terdorong ke bawah. Rongga dada sebagai wadah membantu pernafasan juga akan lebih lapang.

PRINSIP HIGIENIS

Menjaga kebersihan tangan juga amat ditekankan oleh Nabi SAW di luar wuduk, terutamanya ketika tangan digunakan sebagai kemudahan untuk mengambil makanan. Pada zaman Rasulullah SAW belum ada seorang pun yang mengetahui kewujudan mikroorganisma yang memang mustahil boleh dilihat dengan mata kasar. Rasulullah SAW mengatakan: “Jika salah seorang dari kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah memasukkan tangannya ke suati tempat makanan sehingga kamu membasuh tangan tersebut sebanyak tiga kali, sesungguhnya dia tidak mengetahui di mana kedua belah tangan itu berada (bermalam).” (HR. Tirmidzim an-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu Qatadah RA: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah ada di antara kamu yang memegang kemaluannya dengan tangan kanan semasa kencing dan beristinjak dengan menggunakan tangan kanan serta janganlah bernafas di dalam gelas semasa minum air.'” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ini termasuklah proteksi higienis makanan dari risiko kontaminasi adalah perintah dari Nabi SAW untuk menutup semua bekas air. “Tutuplah bekas dan air minummu.” (HR. Muslim)

Dan: “Tutuplah makanan dan minuman.” (HR. Bukhari)

Makanan dan minuman yang terbuka rentan terkontaminasi mikroorganisma atau parasit yang patogenik melalui sentuhan tangan yang berganti-ganti, atau dihinggapi vektor serangga pembawa penyakit (lalat, kecoa, kutu) atau debu ketika proses pemajanan. Menariknya, Nabi SAW juga melarang minum dari suatu bekas yang tidak boleh kita nilai isi di dalamnya, “Rasulullah SAW telah melarang minum dari mulut poci.” (HR. Bukhari dan Ibnu Majah)

PENGGUNAAN TANGAN KANAN DAN PEMANFAATAN OTAK KIRI

Nabi SAW menganjurkan agar menyentuk makanan dengan menggunakan tangan kanan. Tangan kanan menjadi bahagian yang dominan dalam adab-adab Islam. Selain masuk ke tandas dan istinjak, Nabi SAW selalu menganjurkan agar menggunakan tangan kanan. Amanah/petikan yang mungkin boleh diambil dalam konteks penggunaan tangan kanan adalah digunakannya otak kiri ketika memutuskan sesuatu masalah. Otak kiri merupakan sumber aliran saraf motorik ke sisi sebelah kanan, termasuk tangan kanan. Otak kiri dikenali sebagai otak berdikir yang lebih menggunakan kemampuan olah analisis dan rasional sedang otak kanan secara umum disebut sebagai otak “rasa” ekspresif dan instigtif. Makan dengan tangan kanan boleh diertikan makan dengan penuh pertimbangan yang rasional, tidak berlebihan dan melibatkan analisis kritis akan manfaat menu yang akan dimakan.

TUMA’NINAH

Adab makan Nabi SAW berlangsung dengan tenang, “tuma’ninah.” Cara makan demikian akan menghindar dari kesalahan menggigit (tergigit organ dalam mulut sendiri) dan meringankan kerja organ pencernaan, kerana durasi penggilingan mekanikal pada mulut membuat makanan bertambah lembut. Sebetulnya, dalam mulut kerja pencernaan secara kimia telah dimulakan melalui peranan enzim ptyalin yang mencerna pati sederhana. Ini termasuk dalam adab tuma’ninah, yakni tidak banyak berbicara dan mengeluarkan suara terlalu kuat semasa makan. Rongga masuk makanan pada kawasan orofaring (muara mulut) secara anatomis bertetangga baik dengan rongga masuk jalan nafas, sehingga bersuara sambil makan boleh menyebabkan makanan salah masuk ke rongga jalan nafas. Perkara ini boleh mengakibatkan tersedak hingga aspirasi ke paru-paru yang membahayakan.

Namun tentu masih banyak adab makan Rasulullah SAW yang lain, yang kami tidak sebutkan di sini (perkara-perkara yang disebutkan hanya yang berkaitan dengan hikmaj kesihatan). Dalam Islam, makan merupakan suatu aktiviti yang bernilai ibadah. Oleh kerana itu, peristiwa makan tidak boleh disingkap sembarangan. Bagaimanapun, di samping merupakan suatu keperluan wajib bagi manusia, makanan berserta adabnya merupakan salah satu simbol yang menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk Tuhan yang berbudayam yang membezakannya dengan makhluk-makhluk yang lain.

Kehidupan ManusiaMakanan Kesihatan