Ta’awudz Itu Termasuk Sunnah Untuk Mengatasi Rasa Dengki

12

Ketahuilah bahawa lafaz ‘adza (memohon perlindungan) dan lafaz yang ditashrifkan darinya menunjukkan makna penjagaan, perlindungan dan penyelamatan.

Makna sebenarnya adalah lari dari sesuatu yang menakutkan dirinya menuju pihak yang melindunginya dari ketakutan itu. Oleh kerana itu, orang yang memohon perlindungan disebut sebagai orang yang dilindungi.

Makna a’udzu ialah aku berlindung, aku memohon perlindungan dan aku memohon penjagaan. Kejahatan yang kita minta perlindungan darinya sangatlah banyak. Misalnya dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang kerana kesengajaannya. Atau kejahatan yang terjadi dari orang selain, baik orang lain itu termasuk mukalaf mahupun bukan mukalaf. Yang mukalaf mungkin berupa manusia atau jin. Adapun yang bukan mukalaf ialah binatang berbisa, haiwan yang beracun, atau yang selain.

Allah SWT memerintahkan kepada kita agar memohon perlindungan dari syaitan yang tidak mungkin berbuat baik selama-lamanya, kerana syaitan menginginkan binasanya anak keturunan Adam sepanjang zaman disebabkan kerasnya permusuhan yang berkobar antara Iblis dengan bapa kita Adam AS sejak masa yang lampau.

Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu berjaya ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapanya dari syurga.” (Al-A’raf: 27)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golonggannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 6)

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.