Fitnah Wanita – Cara Syaitan Masuk Dalam Diri Seorang Hamba (Bhgn 5)

37

SYAITAN MASUK KE DALAM DIRI SEORANG HAMBA DENGAN CARA MEROSAKKAN IBADAH MEREKA

Kerosakan ibadah ini dilakukan dengan cara mentalbis keyakinan, urusan dan penunaian ibadah mereka, antara lain:

e) Fitnah Wanita

Cara-cara sebelumnya telah digunakan oleh syaitan pada majoriti usahanya untuk menimpakan keburukan terhadap setiap mukmin, kerana syaitan berjalan mengiringinya dengan membawa beragam fitnah yang lain. Jika syaitan berjalan mengiringinya dengan membawa beragam fitnah yang lain. Jika syaitan tidak berjaya mengalahkan manusia, maka dia akan menggunakan kaedah yang lain, iaitu fitnah wanita. Tiada yang boleh menghadapi dan mengalahkan fitnah ini kecuali hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis.

Kita sudah mengetahui berbagai perkara tentang Al-Quran Al-Karim dan kekuatan daya sembuhnya, kerana Al-Quran adalah mukjizat Ilahi yang memiliki kedudukan mulia dan kekuatan yang terpendam. Di samping itu, setelah kita mengetahui tentang jin dan syaitan serta sejauh mana kelemahan mereka di hadapan Al-Quranul ‘Azhim ini, bagaimana mereka sebenarnya takut kepada manusia yang beriman, bertakwa dan sentiasa berzikir kepada Allah SWT dan membaca ayat-ayat-Nya yang mulia. Sebagai hasilnya, sekarang hati dan fikiran kita semakin yakin bahawa dengan iman kepada Allah SWT, serta mengikut arahan Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya, agar kita boleh memerangi syaitan yang derhaka dan kita musnahkan dengan kesemua serangan sihir.

Apabila keyakinan sudah masuk ke dalam hati manusia, maka ketika dia membaca ayat apapun dari Al-Quran Al-Karim atau berdoa memohon kepada Allah SWT dengan apa yang diinginkan, atau di saat dia menerapi dirinya sendiri atau orang lain, maka semua itu pasti menjadi ubat penyembuh baginya dengan izin Allah SWT.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.