Akal dan Kewujudan Jin

85

Sebagaimana yang dijelaskan sebelumnya, bahawasanya alam jin termasuk salah satu alam yang tersembunyi dan kita tidak boleh melihatnya dengan mata. Keadaanya yang tersembunyi ini menyebabkan sebahagian orang mengingkari kewujudan jin.

Seandainya mereka mahu berfikir dengan menggunakan akal mereka tentang beberapa perkara yang tidak kita lihat, tetapi kita akui semua kewujudannya, misalnya roh yang terdapat pada manusia yang menjadi sebab hidupnya, dalam hal ini manusia mengakui kewujudannya walaupun dia tidak melihatnya.

Demikian juga akal manusia, yang tanpa akal tersebut manusia tidak mampu memisahkan yang baik dan yang buruk, yang bermanfaat dan yang bermudarat. Dengan akal, manusia boleh mengetahui ilmu, berfikir dan mengakui kewujudannya, meskipun kita tidak melihatnya. Maksudnya tidak dapat dirasakan kewujudannya pada tubuh manusia, akan tetapi kita tidak mengatahui bahawa akal itu ada,

Buktinya ialah ketika ada orang yang melakukan perbuatan yang bodoh serta melanggar tabiat dan akhlak yang baik, maka kita mengulasnya bahawa dia adalah orang yang tidak berakal. Maksudnya, dia tidak punya akal. Jika begitu, akal itu ada walaupun kita tidak melihatnya. Apabila seorang manusia kehilangan akalnya, kita boleh merasainya juga padahal kita tidak melihatnya.

Demikian juga udara yang kita gunakan untuk bernafas, kita tidak pernah melihatnya. Walaupun demikian, kita mengakui bahawa udara itu ada. Begitu juga dengan elektrik. Jika semua yang saya sebutkan ini kita tidak melihatnya, tetapi kita mempercayai dan mengakui adanya.

Mengapa kita mengingkari adanya jin hanya kerana kita tidak mampu melihatnya, padahal Allah SWT, menyebutkannya di dalam Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadis As-Syarif pun mengukuhkan kewujudan jin?

Oleh kerana itu, orang yang berakal sihat pastilah dapat berfikir secara baik dan boleh merenunginya, kemudian dia meyakini dan mengakui tentang adanya jin.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.