BAGAIMANAKAH CARA MEMUSNAHKAN SIHIR?

103

Memusnahkan sihir adalah memutuskan hubungan antara tukang sihir dengan syaitan, yang mana syaitan tersebut sebagai pihak yang melaksanakan perintah tukang sihir untuk menyakiti atau mengganggu orang lain. Ini adalah langkah pertama dalam terapi penyembuhan orang dari serangan sihir.

Cara ini dilakukan dengan mendengar atau membaca Al-Quran Al-Karim dan melakukannya secara terus-menerus dan teratur, terutama surah Al-Baqarah, Al-A’raf, Thaha dan As-Syu’ara.

Saya telah menyebutkan ayat-ayat ruqyah pada bahagian terdahulu, akan tetapi kita harus menyetahui bahawa semua ayat Al-Quran Al-Karim itu adalah ruqyah dan ubat penyembuh, kerana Allah SWT berfirman:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra’: 82)

Dari Aisyah RA, bahawasanya Rasulullah SAW masuk ke dalam biliknya dan ketika itu ada seorang perempuan yang sedang menerapinya dan meruqyahnya, lantas Rasulullah SAW bersabda:

“Terapilah dia dengan Kitabullah.”
(Hadis ini ditetapkan berdarjat oleh Al-Albani)

Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya, dari Auf bin Malik Al-Asja’i RA, dia berkata: “Kami pada zaman dahulu, jahiliah melakukan ruqyah, maka kami bertanya kepada Rasulullah SAW ‘Wahai Rasulullah, bagaimana engkau memandang perbuatan itu?’ Rasulullah SAW menjawab:

“Perlihatkanlah kepadaku ruqyah kamu. Ruqyah itu tidak apa-apa dilakukan ketika tidak ada kesyirikan di dalamnya.”

Kesimpulannya…

Membatalkan sihir itu dilakukan dengan membacakan Al-Quran Al-Karim, atau dengan petunjuk As-Sunnah, atau dengan doa-doa yang tidak ada kemusyrikan di dalamnya. Kita akan berbicara panjang lebar tentang beberapa jenis sihir dan cara membatalkannya dengan izin dan pertolongan Allah SWT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.