Penjelasan Tentang Boleh Meruqyah: Dengan Bacaan Al-Quran dan Doa-Doa Yang Disunatkan

40

Imam At-Tamimi berkata: “Kamu jangan meremehkan keistimewaan Kitabullah Al-‘Azhim, atau mengangap mudah dalam urusan akidah, kerana kamu akan rugi di dunia dan akhirat, kita akan berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dari itu kerana Allah SWT berfirman, sedang Dia adalah Yang paling benar di antara semua yang berkara:

“Tidaklah Kami melewatkan sedikitpun di dalam kitab ini (Al-Quran).” (Al-An’am: 38)

Allah SWT berfirman:

“Tidak pula yang basah dan tidak pula yang kering, kecuali tercatat pada kitab yang nyata.” (Al-An’am: 59)

Riwayat-riwayat tentang hukuman seksa terhadap sesiapa sahaja yang meremehkan Al-Quranul ‘Azhim dan berburuk sangka itu sangatlah ramai. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Abu Syuraih Al-Khaza’i RA: “Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali, hujungnya yang satu di tangan Allah dan hujungnya yang lain di tangan kamu, maka berpegang teguhlah kamu dengannya, kerana kamu tidak akan terseksa dan tidak akan celaka sesudahnya buah selama-lamanya.”

Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita menuju sebaik-baik petunjuk.

Berubat dengan menggunakan Kitabullah Al-Karim ialah cara berubat yang paling utama bagi orang-orang dahulu dan orang-orang sekarang ini.

Tatkala jin mendengar, mereka tidak tinggal diam kecuali segera menyampaikannya kepada kaum mereka sebagai penyampai ancaman. Mereka berkata:

“Sesungguhnya kami mendengar bacaan yang mengagumkan. Menunjuk menuju kebenaran, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak menyekutukan Rabb kami dengan seorang pun.” (Al-Jin: 1-2)

Barangsiapa yang beriman kepadanya, maka bererti dia mendapat taufik. Sesiapa sahaja yang berkata dengannya, maka dia pasti benar. Barangsiapa yang berpegang teguh kepadanya, maka sesungguhnya dia akan mendapat petunjuk. Sesiapa sahaja yang berkomitmen kepadanya, maka itu sudah cukup. Ia adalah sinar dan cahaya, kekayaan dan kegembiraan, ubat terhadap apa sahaja yang ada di dalam dada.

Bagi orang-orang zalim yang menyelisihinya, maka Allah SWT pasti akan membinasakannya.

Sesiapa sahaja yang rasa cukup dengannya, maka Allah SWT pasti mencukupinya. Barangsiapa yang menggunakannya sebagai ubat, Allah SWT akan menyembuhkannya.

Allah SWT berfirman:

“Dan Kami menrunkan dari Al-Quran ini sesuatu yang menjadi ubat dan kasih sayang bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra’: 82)

Cukuplah ini sebagai saksi bagi kita dan cukuplah bahawa Al-Quran itu sebagai petunjuk dan ubat bagi orang-orang yang beriman. Al-Quran adalah tali Allah SWT yang kuat, cahaya-Nya yang terang, ikatan talinya yang kukuh, tidak habis keajaibannya, tidak berakhir pesonanya, tidak pernah boleh dikuasai oleh para pakar akan keistimewaan faedah dan manfaat hikmahnya. Tidak pernah orang-orang yang ingin meraih tujuan itu berjaya mendapat apa yang mereka inginkan kecuali dengan sahihnya akidah.

Ditegaskan dan dinyatakan ancaman untuk selalu waspada terhadap sikap meremehkan manfaat dan hikmahnya. Cepat dan bersegeralah untuk menggunakan keutamaan dan nikmatnya. (Dinukil dari kitab Khawash Al-Quran)

Abu Ubaid mengeluarkan riwayat dari Anas bin Malik RA segera marfu’, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda: “Al-Quran ialah ubat yang menyembuhkan dan penyelesaian yang betul. Barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di depannya, maka dia akan menuntun orang itu ke syurga. Sedangkan sesiapa sahaja yang menempatkannya di belakangnya, maka Al-Quran akan menggiringnya ke neraka.”

Ahmad dan perawi yang lain meriwayatkan dari Uqbah bin Amir RA, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda:

“Andaikata Al-Quran itu ada di dalam kulit, maka api neraka tidak menyentuhnya.”

Abu Ubaid berkata: “Yang baginda maksudkan dengan hijab adalah hati orang mukmin yang menghafalkan Al-Quran.”

Al-Baihaqi mengeluarkan hadis dari Aisya RA dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda:

“Rumah yang dibacakan Al-Quran di dalamnya itu berkilau gemerlap bagi penduduk langit, sebagaimana kemilau dan gemerlapnya bintang-bintang bagi penduduk bumi.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.